Ramai Yang Tidak Tahu Inilah 10 Manfaat Bila Tidur Bogel
Tidur yang cukup sememangnya memberi kelebihan buat kesejahteraan dan kesihatan manusia.
Selain daripada selesa kerana tidak dibaluti pakaian yang menyesakan tubuh, tahu tak tidur tanpa seurat benang boleh membuatkan tidur seseorang individu bertambah lena?
Ini mungkin 10 sebab terbaik kenapa Kang Gary suka tidur bogel! ?
#1 Tempat Tidur Jadi Lebih Bersih!
Sumber: Pinterest
Bila kerap mencuci, mengemas dan membersihkan tempat tidur kerana takut kuman membiak disebabkan tabiat anda tidur bogel tu, confirm katil sentiasa bersih!
#2 Diri Jadi Semakin Rajin
Sumber: Pinterest
Untuk banteras kemalasan anda tu, ada baiknya anda tidur tak berbaju. Bila tak berbaju anda mesti lekas bangun pagi untuk mandi dan keluar dari bilik berbaju bagi melakukan aktiviti harian. See, sekarang anda dah berubah jadi rajin. Kalau pakai baju tidur, mesti malas mandi, terbaring atas katil 24 jam pun tak apa. Ada tu, pergi pasar pun sanggup pakai baju tidur… Anak dara siapa lah yang malas sangat tu kan?
#3 Rasa Lapang Diri
Sumber: Pinterest
#4 Sentuhan Kulit Intimkan Suami Isteri
Bila kulit kita bersentuhan dengan kulit pasangan, pastinya terasa lebih intim dan akrab dengan si dia. Feel the love now?
Sumber: Pinterest
Hmm… ini mungkin sebabnya kenapa pasangan orang barat lebih mesra berbanding kita di Asia. Amalkan okay?
#5 Stabilkan Melatonin & Hormon Tumbesaran
Tidur pada suhu 70ºF ke bawah setiap malam dapat melancarkan pergerakan melatonin dan kadar hormon tumbesaran. Kedua-dua kimia dalam tubuh itu tadi akan bantu mengawal penuaan dan janjikan kesejahteraan tubuh.
Sumber: Pinterest
#6 Kulit Makin Sihat!
Sumber: Pinterest
Bukan tu je, berbogel semasa tidur juga mampu melancarkan aliran darah dalam tubuh.
#7 Mungkin Dapat Turunkan Berat Badan
Sumber: Pinterest
#8 Tidur Lebih Terjaga
Kadang-kadang tak dapat tidur waktu malam bila cuaca panas!
Sumber: Pinterest
#9 Organ Seksual Akan Gembira!
Bagi kaum lelaki, tidur dalam keadaan sejuk dapat seimbangkan suhu organ seksual anda. Ini menjanjikan sperma yang lebih sihat malah sistem persenyawaan juga dapat berfungsi secara normal.
Sumber: Pinterest
No more underwear at night!
#10 Dapat Jimat Duit!
Tak payah lagi beli atau cuci baju tidur! Sekarang kan anda tidur hanya berselimut semata :)Apa-apa pun, penulis tahu ada antaranya yang akan berasa janggal tidur cara ni kan? Tak apa, untuk permulaan mungkin anda boleh pakai pakaian dalam je dahulu nanti bila dah yakin baru mula tidak berpakaian langsung.
Sumber: Pinterest
TAMBAHAN
Anyway, artikel ni mungkin agak kontroversi kerana akan ada mindset ‘orang kita’ yang tidak bersetuju dan beranggapan tabiat ini “tidak masuk akal”, namun ingin ditekankan ini cumalah perkongsian berlandaskan beberapa kajian saintifik yang pernah diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik.Penulis tak akan tulis perkara ni kalau tak ada sumber yang sahih. Nanti jatuh dosa bila kongsi ilmu tak bermanfaat betul tak? Jadi maaflah jika ada mana-mana pihak terutamanya yang komen “tak masuk akal” dan sebagainya tu. Untuk pengetahuan semua tiada hukum haram jika tidur bogel malah tuhan kata “harus” jika cuaca terlalu panas asalkan kita menjaga aurat dengan tidur berbogel mestilah secara bersendirian atau bersama pasangan (suami dan isteri).
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya: diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah S.A.W bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Nasihat penulis, orang-orang kita ni dah patut buka minda tu sedikit, bukan terus membuat andaian sendiri dan melulu. Tidur berbogel bukanlah suatu dosa dan tidak jatuh pada hukum haram. Hanya akan menjadi haram jika kita mendedahkan aurat dengan sengaja kepada orang yang bukan mahram atau muhrim.
Elaklah tidur meniarap kerana tidur cara itu menyerupai posisi tidur penghuni Neraka dan amatlah ditengah oleh Nabi. Wallahu A’lam Bissawab.
Selamat beramal!
No comments
Thanks For Comment !!! :)