SHOPPE

Ramai Yang Tidak Tahu Zodiac Killer Adalah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Era 60-an

Share:

Ramai Yang Tidak Tahu Zodiac Killer Adalah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Era 60-an



Korang pernah tengok tak filem Zodiac? Kalau admin tak salah, filem tu turut dibintangi oleh Jake Gyllenhaal yang diterbitkan sekitar 2007.

Filem yang menceritakan tentang penculikan dan pembunuhan itu besar kemungkinan diadaptasi dari kes sebenar yang berlaku sebelum ini iaitu ‘The Zodiac Killer’.

Apa itu Zodiac Killer? Sebenarnya Zodiac Killer merupakan gelaran kepada pembunuh bersiri misteri yang dipercayai ada kaitan dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku di bahagian Utara California sekitar tahun 1968 hingga 1969 dan pada masa sama ‘pembunuh misteri’ ni dikatakan dah bunuh lebih 37 mangsa lain..perghh! bapak banyak kan.


Zodiac Killer ‘serang’ pasangan kekasih?


Kes pertama berlaku pada 20 Disember 1968 pukul 11 malam, melibatkan sepasang kekasih yang masih remaja iaitu David Faraday,17 dan Lou Jensen, 16 yang ditembak di tempat letak kereta berhampiran Lake Herman, Daerah Vallejo, California.



David masih bernyawa waktu polis sampai namun menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu dalam perjalanan ke Hospital, dan inilah permulaan kepada kisah pembunuhan Zodiac Killer.

Pembunuhan seterusnya berlaku lapan bulan kemudian iaitu pada 4 Julai 1969 di Blue Rock Springs Park, Vallejo, California dan yang bestnya kawasan ini tak jauh dari lokasi pembunuhan yang pertama.

Pasangan Darlene Ferrin dan Michael Mageau turut ditembak seperti mana pembunuhan yang pertama, namun pembunuh mungkin tak yakin yang kedua-dua mangsa dah mati so dia datang balik untuk menembak Darlene dan Michael buat kali kedua..eh, boleh pulak macam tu eh?




Identiti Zodiac Killer kantoi! Tapi…


Malang sikit bagi Zodiac Killer sebab Michael masih bernyawa waktu bantuan sampai dan dia dah pun terangkan kepada polis ciri-ciri termasuk wajah ‘pembunuh misteri’ yang menyerang mereka.

seorang lelaki putih yang masih muda mungkin berumur 26 hingga 30 tahun, berwajah lebar, berbadan sasa, berketinggian sekitar 5’8″ dan mempunyai rambut kerinting perang”

Di atas merupakan penerangan yang diberikan Michael berkenaan Zodiac Killer, bagaimanapun yang peliknya gambaran yang dilukis tak sama dengan fizikal yang diceritakan mangsa pertama..habis tu takkan la Michael ni reka-reka citer?


Plot pembunuhan ni makin menarik bila polis menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab dalam dua pembunuhan yang berlaku itu.

**Perlu diingat, setakat ini polis masih belum berjaya menangkap suspek bagi kedua-dua kes tersebut meskipun mangsa ada beri bayangan tentang Zodiac Killer.


“Saya suka membunuh sebab ia menyeronokkan”- Zodiac Killer


Tak lama lepas itu, pada 1 Ogos 1969 akhbar tempatan San Francisco Examinar, San Francisco Chronicle dan Vallejo Times-Herald menerima sepucuk surat yang sama tapi tak ada alamat penghantar.

Apa yang membuatkan kes ni semakin menarik apabila kandungan surat tu menyatakan dengan lengkap mengenai kedua-dua pembunuhan selain diletakkan juga simbol ‘Zodiac Killer’ dan tulisan yang membentuk kod (hint yang menggambarkan siapa pembunuh itu).



Pelbagai agensi, badan keselamatan dan pakar termasuk FBI cuba merungkai kod tersebut namun tak berjaya.

Tapi nasib dorang sedikit bertuah sebab pasangan guru, Donald Harden dan isterinya Bettye akhirnya berjaya merungkai misteri kod tersebut.

Ini maksudnya :


“Saya suka membunuh orang kerana ia sesuatu yang menyeronokkan.”

Sebulan kemudian, pada 27 September 1969 Zodiac Killer muncul lagi dan kelibatnya dilihat sepasang kekasih yang tengah memadu asmara di tepi Lake Berryessa.

Zodiac Killer kantoi lagi? Yess!


Menurut maklumat, lelaki yang mungkin Zodiac Killer tu dikatakan memakai baju hoodie dengan cetakan simbol bulatan berpalang.




Pasangan kekasih tu lepas ke? Tak! hahaha

Zodiac Killer ni lebih pantas apabila dia mengikat pasangan tersebut sebelum menikam kedua-dua mangsa dan lepas tu macam biasa, dia tinggalkan mesej khas kepada polis yang ditulis pada pintu kereta mangsa.

Dua minggu lepas tu, Zodiac Killer kembali lagi. Kali ni dia bertindak menembak seorang pemandu teksi berusia 29 tahun.


Mula-mula polis ingat kes tersebut merupakan kes samun, namun segalanya terjawab lepas mereka terima sepucuk surat yang menerangkan tentang kes pembunuhan pemandu teksi tersebut, selain menerima cebisan pakaian yang dipakai mangsa ketika ditembak..sah Zodiac Killer!

Lepas je kes pemandu teksi tu, Zodiac Killer ada bagi info yang dia akan melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak yang naik bas sekolah secara beramai-ramai.

Zodiac Killer ‘menganjing’ polis sebab gagal tangkap dan cari dia


Namun alangkah malangnya meskipun polis giat menjalankan siasatan terhadap kes ini, disebabkan kekurangan bahan bukti polis sukar menjejaki pembunuh misteri tersebut.

Pada masa sama, Zodiac Killer ini boleh ‘perlekehkan’ pihak polis menerusi surat layangnya, atas alasan polis gagal cari dan tangkap dia.

Bagaimanapun, polis dah tak terima surat sejak tahun 1974 dan sehingga kini siapakah Zodiac Killer tu masih menjadi misteri.

The Zodiac Serial Killer - How Did He Evade The Police?




Sumber:lobakmerah

#zodiac
#zodiackiller
#serialkiller

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah