Pilu!!! Saat Hantar Makanan Kepada Isteri, Air Mata Menitis Lihat Isteri Makan
Saya mempunyai ahli keluarga sangat baik. Walaupun bukan orang yang sangat kaya, tetapi setidaknya bukan orang yang miskin.
Kerana ibu saya sakit, kami hampir menghabiskan semua duit simpanan keluarga kami, hingga perlu berhutang kepada ramai kenalan.
Pada akhirnya, setelah ibuku meningghal dunia, kami sekeluarga sedar duit tersebut juga tidak dapat menyelamatkan hidupnya.
Orang tua saya hanya memiliki seorang anak, iaitu saya sendiri. Semua tekanan serta tanggungjawab akhirnya saya seorang perlu pikul, namun disaat itu mujur saya masih ada isteri yang banyak membantu.
Sejujurnya, dahulu hubungan isteri saya dengan ibu tidak terlalu baik, tetapi setelah ibu saya jatuh sakit, saya percaya isteri saya adalah orang yang baik.
Nampak dia sangat baik dan tulus ikhlas saat merawat segala masalah ibu saya. Dalam perbelanjaan, dia membiarkan saya yang menentukan, dia hanya menerima apa adanya tanpa mengeluh.
Saat ibu masih ada ketika itu, keluarga kami hidup dalam keadaan terhimpit, ada sedikit duit simpanan pun akan dihabiskan untuk membeli ubat-ubatan ibu.
Setelah ibu sudah meningghal, kehidupan seharian kami masih tidak seperti yang mungkin orang ramai akan bayangkan kembali baik atau senang seperti sebelumnya.
Namun saya masih memiliki hutang di luar sana yang perlu saya lunaskan, kami tidak sedikitpun merasa mudah ataupun rasa dapat bersenang-lenang.
Demi untuk membayar hutang ini, isteri saya terpaksa membantu dengan bekerja, dia bekerja hanya di sebelah pejabat saya.
Tempat dia bekerja hanya sebuah perusahaan kecil, dia bekerja dengan jawatan sebagai admin di perusahaan itu,
Walaupun gaji yang dia dapat tidaklah banyak, tetapi cukup untuk digunakan untuk keperluan keluarga kami. Dengan cara itu gaji saya boleh digunakan untuk membayar hutang.
Untuk menjimatkan wang perbelanjaan, setiap malam isteri saya terlebih dahulu memasak nasi agar keesokan harinya kami boleh membawa bekal itu ke tempat kerja.
Tempat kerja isteri saya kecil, tidak ada kelengkapan oven atau microwave. Jadi setiap hari menjelang makan tengahari, saya yang membantunya untuk memanaskan dan menghantar makanan untuknya dia.
Kemudian kami berdua akan makan bersama dengan suka ria menghabiskan makan tengahari kami.
Tetapi, pada suatu hari, ketika saya pergi ke pejabat isteri, saya melihat dirinya dan rakannya sedang makan bersama.
Disaat itu, saya lihat isteri menerima satu paha ayam goreng, apa yang membuatkan saya begitu terharu adalah ketika dia memakannya dengan begitu lahapnya ayam itu.
Saya melihat sendiri sayuran yang saya bawa jika dibanding apa yang mereka makan, hati saya seperti sudah hilang selera makan kerana sedih.
Gara-gara untuk membayar hutang kami, isteri saya tahan keinginan untuk tidak mahu makan daging ayam atau lembu untuk jangka waktu yang lama demi berjimat cermat.
Tiba-tiba isteri saya menyedari kehadiran saya, dia datang menghampiriku dengan cepat lalu memasukkan daging ayam itu ke mulutku. Saya sudah tidak mampu untuk menahan air mata saya lagi.
Melihat isteri saya seperti itu, saya benar-benar merasa kasihan padanya. Isteri saya selalu akur mengikuti apa kemahuan saya, tetapi tidak ada sedikitpun kebahagiaan untuk dirinya.
Sebagaimana susahnya kehidupan kami ketika ini dikira sudah sangat susah, hingga sekarang ini seperti sudah lebih susah dari seorang petani.
Begitulah keadaannya hingga saya tidak mambu meluahkan apapun. Saya hanya mampu menyimpan kata-kata ini di dalam hati saya.
Di tempat itu juga, saya bersumpah di depan semua orang, saya nekad untuk berusaha lebih tekun untuk memberikan isteri saya menikmati hari yang baik.
Demi keluarga ini, saya berjanji akan bekerja keras untuk menjaga keluarga kami dengan lebih baik dan selesa.
Walaupun saya telah mengalami begitu banyak penderitaan dan kepedihan, tetapi saya sangat bersyukur memiliki seorang isteri yang baik, dikala susah dan terhimpit saya masih dapat menemui kebahagiaan dari dirinya.
Semenjak ibu saya sakit, isteri dan saya tidak berani menimang cahaya mata, saya menyedari hatinya sangat sedih.
Dia sangat menyukai kanak-kanak, tetapi kerana keadaan keluarga kami dalam terhimpit, dia takut nanti keadaan anak kami turut terhimpit.
Hidup kami sudah lalui pelbagai kepahitan dan kesusahan. Masa depan yang perlu kami jalani serta tempuhi masih terlalu jauh, semua ini tidak tahu bila kami baru dapat hidup yang lebih baik lagi.
Ustazah Norhafizah Musa - Kita Nak Sangat Jadi Isteri Solehah Tapi Kita Selalu Buat Dosa Pada Suami
Sumber : Pixpo via kitaviral.com
#krt
#kisahrumahtangga
No comments
Thanks For Comment !!! :)