SHOPPE

Ramai Isteri Terlepas Pandang Tentang Perkara Ini

Share:

Ramai Isteri Terlepas Pandang Tentang Perkara Ini




Kajian bancian ke atas 10 ribu orang pasangan yang berkahwin (sumber kajian oleh MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja pasangan isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja pasangan isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Mengapa? Adakah isteri tahu?

Bahawa hormon bau phero yang di rembeskan dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa tenang dan damai. Hampir 65% bau badan suami sebenarnya datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi.Hampirkan hidung di celahan ketiak suami.

Tidak di nafikan pasti isteri akan memperoleh pengalaman yang cukup rehat dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (Pengalaman ini hanya isteri sahaja yang tahu bertapa asyik dan tenangnya).

INI ADALAH FAKTA! Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap kepada 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.Dan peringatan untuk suami, janganlah cukur ketiak anda sehingga togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri-isteri semua, anda semua sudah praktikan ke tidur atas lengan suami? Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

Pesanan terakhir buat isteri bahawa ingat lah kebahagian rumahtangga wujud apabila ada perasaan sayang dan kasih..Kasihilah ketiak suami anda kerana ia pengikat kasih sayang anda suami isteri.sumber Sehinggit Media News

Kajian Lain.. Menghidu Ketiak Suami Boleh Menghilangkan Tekanan. Sejauh Mana Kebenarannya?

Bunyi tajuk ni macam pelik. Teapi sebenarnya tak pelik pon sebab ada orang sudah membuat kajian bahawa isteri yang tidur dibawah ketiak suami dengan berbantalkan lengan suaminya dapat memberikan kebaikan dan manfaat dari segi kesihatan.

Tak percaya? Jom baca artikel dibawah ini. Bukan baca sahaja lepas tu buat lah.

Apa istimewanya bau ketiak lelaki? Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan h@id.

Keratan akhbar tentang ketiak suami
Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “dig0da” dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Siapa yang sanggup menghidu ketiak anda selain isteri?

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh menceriakan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

Bancian yang di buat ke atas 10 ribu pasangan berkahwin (mengikut sumber kajian) mendapati hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami sehingga maksima selama 3 tahun selepas mereka berkahwin.

Berapa ramaikah yang tidur berbantalkan lengan suami serta menghidu ketiak suaminya?

Manakala 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka. Tahukah kaum isteri bahawa hormon bau phero yang di keluarkan dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Oleh itu para isteri semua, lupakanlah sementara bantal empuk anda. Tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, pastikan hidung anda berada hampir dengan celahan ketiak suami. Anda akan mendapati diri anda memperolehi pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ia menandakan bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. Pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilek serta tenangnya.

Kalau stress jangan layan gadjet lagi. Pergi tidur dan cium ketiak suami.
Cium ketiak suami juga sebenarnya mampu merawat tekanan. Untunglah Encik Suami sebab boleh rawat tekanan isteri dengan hanya berbekalkan bau ketiak sahaja tanpa modal yang banyak. Modal kena ada sebab nak beli pewangi ketiak. Paling murahpun bedak Antibka yang banyak dijual di Pasaraya Mydin. Bagi isteri-isteri tu apa lagi ciumlah ketiak suami tu banyak-banyak. bukan sahaja menghilangkan tekanan bahkan nanti dapat juga pahala.

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk suami, janganlah mencukur ketiak anda hingga licin. Biarkan sedikit atau trim sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi oleh isteri anda. Pastikan ketiak anda sentiasa bersih dan wangi sebelum tidur.

Kepada isteri-isteri semua, eloklah anda semua praktikkan tidur di atas lengan suami anda. Dapat juga menambah kemesraan suami isteri kan? Isteri anda akan lebih manja sekaligus bermanfaat untuk kesihatan mereka.

ISTERI CIUM KETIAK SUAMI , TINGKATKAN IMUN




Sumber: layansudah


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah