SHOPPE

Luahan Sayu Bapa Emma Maembong Selepas Buka Tudung

Share:

Luahan Sayu Bapa Emma Maembong Selepas Buka Tudung


“Saya tewas. Cemuhan tak reti jaga anak” Bapa Emma Maembong Luah Perasaan Lg. Sebak Mmbacanya

Ayah kepada Emma dan Chacha Maembong, iaitu Ismail Embong antara yang terpalit ekoran keputusan anaknya untuk menanggalkan tudung dan kembali free hair.

Sebelum ini, ada satu status dari Ismail Embong yang menjadi viral.

Ekoran itu, hari ini, satu lagi status ditulis oleh pelukis hebat ini yang mana meluahkan rasa hatinya.

Ini komen ayah kepada Emma Maembong:

“Berbagai reaksi serta c£muhan dilemparkan ekoran status terakhir: usah dihurai lagi tapi cukuplah saya butirkan fakta sebenar.

“Sejak menduda saya tinggal solo. Anak-anak datang jengok sesekali, tiap tahun (raya) berkumpul. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Yang dah kawin tinggallah bersama famili mereka, saya tak ganggu, tak jengok. Tak akan pergi ke rumah mereka jika tidak dijemput suami masing-masing. Dan tidak pernah ada jemputan. Kawin semua tiada hantaran, saya anti hantaran. Saya tegaskan guna duit itu untuk fakir.

“Dua lagi yang belum kawin, yang berlakon, pun tidak tinggal sebumbung. Mereka lebih banyak bersama kakak-kakak yang sudah bersuami berbanding dengan ayah. Saya tak ambil pusing kerjaya mereka. Bila cuti mereka datang ajak ayah melancong.

“Memang sukar pantau anak perempuan yang meningkat dewasa. Lebih senang tugas itu kepada sang ibu. Ada perkara yang sukar diluahkan kepada bapa, senang pada ibu.

“Tika mereka berdua masih kecil, saya pernah lamar seorang kenalan lama untuk jadi ibu tiri, ditolaknya. Putus asa hingga sekarang.

“Kini anak-anak itu sudah dewasa dan mahu cari pasangan masing-masing tapi sukar kita berkomunikasi soal birds and bees. Rasanya lebih senang mereka berbisik pada seorang perempuan, seorang berstatus ibu pada mereka. Boleh ikut mereka ke lokasi shooting, boleh berbisik segala macam masalah dialami. Dan bila pulang bolehlah ibu tiri itu longgokkan pada saya keluhan si anak.

“Bisik masaalah kpd PA selalunya bocor. Disini saya tewas. C£muhan tak reti jaga anak dari haters, telan aje. Memang terasa jua mahukan ibu tiri untuk mereka, mungkin ada jodoh diluar sana, antara beribu kenalan fb yg berstatus single, tapi saya ni jenis tak reti ngorat

Itulah status dari ayah kepada Emma Maembong.

terdahulu… “Dia kena sentiasa kuat” – Komen Uqasha Senrose Apabila Emma Maembong Buka Tudung


Uqasha Senrose yang pernah terpalit dengan isu membuka tudung merasakan dia tidak layak untuk memberi sebarang nasihat kepada Emma Maembong yang berhadapan isu serupa.

Pelakon berumur 27 tahun ini berkata dia tahu Emma Maembong seorang wanita yang kuat namun dia sentiasa mendoakan pelakon berkenaan tabah hadapi dugaan selepas membuka tudung.

Ini komen Uqasha Senrose:

“Sejujurnya saya tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada Emma. Itu adalah keputusannya dan setiap keputusan yang dibuat mesti ada sebab tersendiri.

“Saya tahu dia seorang yang kuat. Apa yang boleh saya katakan dia kena sentiasa kuat dan tabah untuk menempuh apa sahaja dugaan selepas ni,”

Uqasha Senrose berharap semua netizen berhenti mengaitkan dia dengan isu Emma kerana mereka mempunyai sebab yang berbeza biarpun melakukan perkara yang sama.

Ini jelasnya lagi:

“Saya harap semua orang berhenti kaitkan saya dengan isu Emma buka tudung dengan benda-benda yang lepas. Benda tu mengarut nak kaitkan benda yang dah lalu dengan sekarang.

“Kesilapan itu dilakukan sendiri oleh dia dan saya juga melakukan kesilapan atas diri sendiri juga. Bukan disebabkan sesiapa pun.

“Masing-masing ada bahagian ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan ia tidak perlu diungkit kembali,”

Selepas kontroversi gambar tidak berhijab bersama abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar, Emma Maembong telah memilih untuk tidak lagi memakai tudung.

Katanya, dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Sebelum ini, Uqasha Senrose pernah menjadi perbualan ramai apabila dia mengambil keputusan untuk membuka tudung pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.

Kini giliran pelakon Emma Membong mengambil langkah yang sama iaitu membuka tudung selepas lima tahun bertudung. sumber penmerah press



Sumber : layansudah


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah