SHOPPE

Kisah Sebenar Amira Othman Tahan Kentut

Share:

Kisah Sebenar Amira Othman Tahan Kentut


Amira Othman

Selebriti sedang meningkat naik iaitu Amira Othman memberitahu sejauh mana jahat atau nakal seseorang itu, menjadi satu kewajiban untuk menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan terpaksa.

Penyanyi dan pelakon berumur 26 tahun ini berkata, dia sudah membiasakan diri mengambil wuduk sebelum keluar rumah untuk bekerja supaya memudahkannya menunaikan kewajipan tersebut.


Perkongsian oleh Amira ini ditulis olehnya melalui Insta Story dan ianya mendapat perhatian ramai.

Ini antara komen Amira Othman:


“Yang pertama sekali, apa pun yang awak buat, jahat macam mana pun awak, nakal macam mana pun awak. Solahlah! Walaupun terpaksa!

“Solat solat solat jangan tinggal walaupun awak suka solat hujung waktu ke tapi JANGAN TINGGAL SOLAT. Yang kedua, sebelum keluar rumah saya dah biasakan ambil wuduk.


“Jadi saya akan sentiasa jaga walaupun tak tahan nak kentut. Memang tak elok tapi sebab saya bersolek berinci-inci kalau kerja,”

Amira menyatakan hal itu selepas menerima pertanyaan daripada peminat yang ingin tahu cara dia menjaga wudhuk dan solat dengan memakai solekan di wajah.

Amira juga akan sentiasa menyediakan tisu basah dan barangan solekan di dalam kereta jika wudhuk yang diambil terbatal.


Katanya, biarpun kadang-kala dia terlupa membawa telekung namun itu bukan alasan untuk tidak solat kerana setiap surau atau masjid mempunyai kelengkapan tersebut.

Ini komennya lagi:

“Saya dah sediakan wipes, barang solekan dalam kereta, sekiranya wudhuk batal, kena la bersolek balik! Saya ke mana-mana saya bawa saja pencuci solekan.


“Telekung pun saya bawa ke hulu ke hilir dalam kereta, tapi kadang tertinggal juga bila pergi pusat membeli-belah. Tapi tak ada alasan la sebab semua surau dan masjid kat Malaysia ada telekungkan,”


Dalam pada itu, Amira Othman menjelaskan apa yang dikongsi itu hanyalah pendapat serta pengalamannya dan peminat boleh bertanya kepada ustaz atau ustazah untuk mendapatkan fakta yang tepat.

Ini jelasnya lagi:

“Apa pun tu semua pendapat saya, Wallahualam. Boleh tanya ustaz ustazah untuk jawapan yang tepat. Saya kongsi berdasarkan pengalaman sahaja. Saya sumpah tak baik, banyak sangat dosa.

“Aib saya semua Allah tutup tapi saya takut kalau tak solat lagi jauh, sedangkan kita solat lima waktu pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi kalau tak solat.

“Kalau kita tak solat tentu kita makin jauh dengan Allah walaupun kat dunia macam-macam kita dapat. Takut kan? Mudah-mudahan kita semua ingat yang solat itu sentiasa menjadi tiang agama,”

Jom baca komen dari Amira Othman:



Tahan KENTUT Punya Pasal Ramai Orang CARI Amira Othman



Sumber : layansudah

#amira
#amiraothman

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah