SHOPPE

Kejam!!! Dijual Oleh Ibu Kandung Kandung Sendiri Untuk Dijadikan Hamba Seks

Share:

Kejam!!! Dijual Oleh Ibu Kandung Kandung Sendiri Untuk Dijadikan Hamba Seks



“SAYA hampir dijual kepada tokan dadah oleh ibu kandung sendiri sebagai pertukaran untuk mendapatkan dadah dan hampir menjadi hamba seks kepada tokan berkenaan tapi mujur lelaki itu tidak mengapa-apakan saya, malah menjaga saya seperti adik angkat.

"Sampai sekarang saya tak mahu tinggal bersama ibu kerana dia masih melakukan perkara sama (menagih dadah), " kata gadis yang diselamatkan pihak berkuasa ketika ditahan bersama remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai teman lelakinya, di Simpang Empat Kangkung, di Alor Setar, semalam.

Gadis berusia 21 tahun itu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dari terbelenggu dengan penagihan dadah dan bersekedudukan sejak hampir sebulan lalu.

Operasi diketuai Ketua Pegawai AADK Kota Setar, Mohd Syafrie Shamsuddin, Pelindung Kanak-Kanak JKM Kota Setar, Mohd Sabri Saad dan Pengerusi Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kota Setar (NGO), Ahmad Che Yahya.

Berdasarkan maklumat awal, pasangan itu disyaki terbabit dengan dadah, malah gadis itu mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, hasil hubungan luar nikah dengan teman lelaki terdahulu yang dikenalinya empat tahun lalu.

Dalam serbuan 6.30 petang di Simpang Empat Kangkung semalam, wanita itu ditahan berasingan bersama anak lelakinya itu, manakala teman lelakinya pula ditangkap tidak lama kemudian.

Gadis itu mendakwa kehidupannya hanyut selepas mengenali bapa kepada anaknya itu ketika dia masih bersekolah sebelum lelaki itu menghilangkan diri sebaik dia melahirkan kanak-kanak itu tiga tahun lalu.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu di tepi jalan ketika ponteng sekolah dan terus mengikut lelaki itu sehingga terlanjur dan mengandung.

"Saya tak kenal dia sangat dan kami tak pernah berkahwin, namun sempat tinggal bersamanya selama sembilan bulan sehingga anak saya lahir sebelum dia melarikan diri.

"Selepas itu saya mengenali teman lelaki baru ini lebih sebulan lalu melalui adik saya dan dialah yang menjaga saya dengan anak kerana dia bekerja di kilang selepas dibuang sekolah kerana menjual rokok dalam kawasan sekolah," katanya.

Katanya, mereka tinggal bersama ibarat suami isteri kerana ibu lelaki itu tidak membenarkan mereka berkahwin mungkin disebabkan dia mempunyai anak luar nikah.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa Balai Polis Simpang Empat untuk dibuat laporan polis sebelum dihantar ke Pejabat AADK Kota Setar bagi menjalani ujian saringan air kencing, namun keputusannya negatif dan kes akan diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke HSB untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan terdapat kesan kecederaan pada kepala selepas ibunya mendakwa dia terjatuh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur, Datuk Dr Ismail Salleh yang turut meluangkan masa bersama pasangan yang ditahan itu merasa terkilan dengan sikap ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak mereka.

Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri memandang serius dengan masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat kerana penyalahgunaan dadah yang perlu ditangani semua pihak.

“Ketua kampung dan penduduk sekitar perlu mengambil cakna melaporkan aktiviti ini kepada pihak berkuasa kerana ia boleh membabitkan kes jenayah seperti pemerdagangan manusia, jenayah curi dan pembunuhan,” katanya.

Bayi 3 Bulan di Jual Ibu Kandung Untuk Jadi Pengemis 




Sumber : Facebook



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah