SHOPPE

Kekejaman Unit 731 Tentera Jepun Yang Dihilangkan Dalam Sejarah Dunia

Share:

Kekejaman Unit 731 Tentera Jepun Yang Dihilangkan Dalam Sejarah Dunia


Korang mesti dah tau tentang Perang Dunia kan? Satu ‘zaman’ dimana kekejaman seolah-olah dihalalkan apabila rakyat disiksa, ditindas, dirogol, dibunuh dan banyak lagi bentuk kekejaman yang dilakukan hanya demi ‘kuasa’.

Bagaimanapun ramai tak tahu yang sebenarnya sewaktu Perang Dunia Kedua ada satu unit rahsia ditubuhkan tentera jepun bagi menjalankan ‘misi kejam’, unit yang diberi nama Unit 731.




Untuk pengetahuan korang unit ini bertanggungjawab untuk melakukan eksperimen ke atas orang awam dan tahanan perang di China.

Unit 731 dianggap sebagai Neraka buat tawanan perang China


Mangsa yang bakal dijadikan sebagai bahan uji kaji ini akan berdepan dengan pemotongan tangan tanpa sebarang bius sebab mereka percaya bahawa jika bius dimasukkan ke dalam badan mangsa, ia akan menjejaskan keputusan eksperimen.

Malah ada juga uji kaji dimana mangsa dibedah hidup-hidup, selain organnya direntap keluar.


Disebabkan mereka nak kawal China pada waktu itu, so pemimpin Jepun beranggapan yang senjata biologi ini dapat memudahkan usaha mereka untuk menakluk China, kerana kosnya yang lebih rendah.

Kalau korang nak tau, Unit 731 ini juga dikenali dengan nama ‘Kempeitai Political Department And Epidermic Prevention Research Laboratory’.



Ironinya, Unit ini bukan sahaja menjalankan eksperimen kepada manusia tapi lebih kepada menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran terhadap China dan Kesatuan Soviet pada waktu itu.

12,000 tawanan perang disiksa hingga mati, lebih 200,000 pula terbunuh sebagai ‘tikus makmal’ senjata biologi


Lebih ‘istimewa’ kawasan Unit 731 ini dilengkapi dengan sebuah lapangan terbang, laluan keretapi, berek, penjara, makmal, bilik operasi, tempat pembbakaran mayat, panggung wayang, bar dan kuil.

Dikatakan juga bahawa mereka yang menjadi bahan uji kaji unit ini juga, tidak pernah keluar dari kompleks tersebut hidup-hidup.

Buktinya, pada 1936 hingga 1942, dianggarkan hampir 12,000 individu pelbagai kategori iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak telah diseksa hingga mati di dalam kompleks tersebut, manakala hampir 200,000 orang terbunuh dalam uji kaji senjata biologi.



Jeneral Shiro Ishii yang ketika itu merupakan Pegawai Perubatan Tentera Jepun selain anak didik kepada Menteri Pertahanan, Sadao Araki telah ditempatkan dalam Makmal Penyelidikan Pencegahan Wabak Tentera.

Kalau korang nak tahu, dia lah merupakan pencetus utama penubuhan unit rahsia iaitu ‘Unit Togo’, unit yang bertanggungjawab menjalankan ujian kimia dan penyiasatan biologi di Manchuria.

Tak lama lepas itu, Ishii telah cadangkan supaya diwujudkan satu unit penyelidikan Biologi dan Kimia Jepun pada 1930.

Uji kaji dijalankan ikut ‘suka hati’ diorang tanpa pedulikan keadaan tawanan, sampai…


Part yang paling ‘mengerikan’ ialah makmal Unit 731 di kem tahanan tersebut! Kenapa admin kata ngeri sebab melakukan pembedahan hidup-hidup merupakan perkara biasa yang dilakukan mereka.

"Ada satu keadaan di mana, Ishii memerlukan otak manusia untuk dibuat uji kaji, so dorang pilih salah seorang tawanan perang untuk jadi ‘tikus makmal’, apa yang mereka buat ialah membelah tengkorak tahanan perang tersebut dengan kejam dengan menggunakan kapak dan organ dalamannya direntap keluar.”


Wanita hamil pula dibelah perutnya dan apa yang ada di dalam perut itu dikeluarkan untuk dijadikan bahan ujian.

Tahanan lain pula dipotong kaki dan disambungkan ke bahagian lain di badan mereka.

Dalam eksperimen lain, dua orang tawanan dikurung dalam bilik yang dipenuhi dengan udara gas phosgene.

Tawanan dibekukan, disuntik virus merbahaya, dan digantung sampai tercekik


Ada juga tahanan yang disuntik dengan Potassium Cyanide selain ramai yang mati akibat renjatan elektrik berkuasa 20,000 Volt.

Salah satu part epic, bila tawanan perang yang ditangkap itu dilupuskan dengan menyuntik racun ke badan mereka dan dibiarkan mati secara perlahan-lahan..bapak kejam weh!


Kalau korang rasa itu kejam, ada lagi bahagian yang kejam dimana ada tawanan perang yang mati dipanggang perlahan-lahan dengan menggunakan kuasa Volt rendah.

Sebahagian tahanan lelaki dan wanita dijangkitkan dengan Siflis dan Gonorrhoea melalui seks paksa. Tahanan juga disuntik kuman seperti Anthrax, Cholera dan Pubonic Plague.


Unit tersebut juga terkenal dengan eksperimen ‘frosbite‘ dimana untuk mengurangkan kecekapan pertahanan tenteran semasa musim sejuk, bagaimana? Caranya dengan tawanan dibogelkan dan disejuk bekukan hidup-hidup.

Kemudian mangsa dinyah bekukan dengan pelbagai teknik uji kaji, hanya kerana nak cari penyelesaian kepada penyakit gengren. Malah ada sampai satu tahap, tawanan ini dipukul limpanya sampai berlubang untuk menandakan proses pembekuan sudah lengkap atau sebaliknya.

Dalam eksperimen lain, unit tersebut turut menjalankan ‘hanging material’ iaitu tawanan digantung secara terbalik, tujuannya mudah iaitu untuk tentukan berapa lama tawanan tersebut boleh bertahan sebelum tercekik hingga mengakibatkan kematian.


Ada satu keadaan dimana, buah pinggang tawanan perang akan disuntik dengan air kencing kuda. Selain itu makanan dan minuman mereka akan dicampurkan dengan Cholera, heroin, minyak biji kastor dan patogen membahayakan yang lain.

Persoalannya kat mana mereka uji senjata biologi kuman Unit 731 ni? Jawapannya ialah di pinggir bandar, selain itu sungai dan perigi di sekitar kawasan makmal unit tersebut akan diletakkan kuman oleh pasukan khas yang ditugaskan oleh Unit 731.


Jeneral Shiro Ishii ‘bapak’ segala penyangak Unit 731?


Korang ingat lagi Jeneral Shiro Ishii? Okay, mamat ini tanpa rasa bersalah telah mengedarkan hasil kajiannya kepada seluruh masyarakat Jepun malah dengan bangga menyebut tawanan perang yang jadi mangsa uji kajinya sebagai ‘monyet’ di mana melalui tawanan perang tersebut, dia telah berjaya patenkan lebih 200 penemuan menerusi eksperimen kejam yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Punya lah banyak admin cerita pasal kekejaman Unit 731 ni, tapi korang tahu tak siapa tulang belakang di belakang eksperimen kejam ini semua? Sebelum ni admin cerita pasal Jeneral Shiro Ishii secara general kan, okay sekarang jom kita kenal rapat siapa lelaki ini.


Ishii ni memang pakar dalam selok belok kimia dan yang sewaktu dengannya lah sebab dia telah mempelajari bidang perubatan kat Kyoto Imperial University sebelum menyertai Army Medical Corps.

Lepas itu dia dihantar ke Eropah sebagai pegawai tadbir diplomatik pada 1928.

Kat Eropah ni, Ishii sempat belajar bidang perubatan berkaitan Biologi dan sempat melakukan penyelidikan tentang senjata Biologi selama dua tahun di sana.

Kemudian dia dinaikkan pangkat sebagai Mejar dan disitulah dia menubuhkan pusat Mikrobiologi yang melibatkan penggunaan senjata Biologi dan Kimia dimana manusia dijadikan sebagai bahan eksperimen.

Tahun 1932, Ishii dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel dan kemudiannya mengetuai Unit 731.

Disebabkan kepakarannya inilah, Ishii digelar sebagai ‘Father of Biological Warfare’.



Rekod pembunuhan besar-besaran dilenyapkan, anggota Unit 731 angkat sumpah kerahsiaan


Setelah perang tamat, kompleks makmal dan kem tahanan Unit 731 di China dimusnahkan manakala ahli unit tersebut mengangkat sumpah merahsiakan kegiatan gila yang mereka lakukan itu.

Malah segala rekod penyelidikan, kemudahan di kompleks tersebut dan rekod pembunuhan besar-besaran juga dilenyapkan.

Apa jadi pada Ishii? Dia apa lagi, pulang ke negaranya dan dinaikkan pengkat sebagai Leftenan General.

Lebih mengejutkan lagi, Ishii tidak dipenjarakan atau dikenakan apa-apa tindakan kerana dia diberikan imuniti oleh American Occupation Authorities.

Namun hayatnya berakhir akibat menghidap Kanser Tekak.

Why Japan's UNIT 731 Made the SS Look NICE



Sumber : lobakmerah

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah