SHOPPE

Isteri Jumpa Rantai Emas Dalam Kocek Suami...Lihat Apa Terjadi Seterusnya

Share:

Isteri Jumpa Rantai Emas Dalam Kocek Suami...Lihat Apa Terjadi Seterusnya



Bagi isteri, mereka sememangnya sedikit menaruh perasaan syak wasangka terhadap suami merka. Ini kerana sifat wanita yang teliti dan sedikit sensitif akan mudah mencurigai sesuatu yang tidak biasa. Begitulah kisah mengenai wanita yang bergelar isteri ini yang berkongsi kisahnya. Mari kita baca.

Aku sudah berkahwin 3 tahun. Aku mengenali suamiku melalui sahabat baikku. Setelah setahun setengah bercinta, kami pun mengambil keputusan untuk berkahwin. Umurku yang boleh dikatakan memasuki usia 30 tahun lebih dan atas desakan keluarga menyebabkan kami cepat-cepat berkahwin.

Suamiku adalah anak tunggal dalam keluarganya. Sejak kecil dia selalu disayangi dan dimanjakan oleh ibubapanya. Pada awal perkahwinan, aku cukup merasa bimbang akan sikap mereka terhadapku. tetapi mereka dapat menerima aku dengan baik. Lebih-lebih lagi aku tinggal bersama mereka.

Sejak berkahwin, kedua mertuaku tidak pernah berkasar dan membuatkan hatiku terasa. Mereka cukup baik padaku. Aku yang tidak pandai memasak tidak pernah dipaksa untuk belajar memasak.

Setiap hari, ibu mertuaku lah yang memasak dan aku hanya membantu dia dengan kerja-kerja ringan sahaja. Tetapi lama kelamaan aku sendiri yang merasa tidak sedap hati dan aku mengambil keputusan belajar memasak. Ini menjadikan kami semakin rapat dan harmoni.

Tahun kedua perkahwinanku, aku melahirkan seorang anak dan suamiku semakin hari semakin sibuk kerana dia telah dinaikkan pangkat di dalam jabatannya. Ibu mertua dan akulah yang selalu menjaga bayiku.

Tetapi dalam masa yang sama, aku merasakan semakin lama aku semain jauh dengan suamiku. Sehinggalah satu hari, ketika aku mahu memeriksa poket seluar suamiku kerana seperti biasa sebelum membasuh, aku akan menyeluk poket seluar dan baju.

Tetapi tidak disangka aku terjumpa seutas rantai di dalam poket jaketnya. Dan aku mula berasa tidak sedap hati dan mulai curiga. Adakah suamiku mempunyai wanita lain? Pada malam hari ketika suami sedang tidur, aku mengambil keputusan untuk melihat telefonnya.

Tetapi apa yang ku lihat telah membuatkan aku menangis teresak-esak. Rupa-rupanya rantai yang aku jumpa itu adalah untuk hari ulangtahun perkahwinan kami.

Aku yang sibuk mengurus anak dan rumah lupa pada hari perkahwinan kami. Suamiku dan ibu mertuaku secara senyap-senyap berbincang apa hadiah yang akan diberikan untukku. Aku benar-benar terharu dan bangga mendapat suami seperti suamiku dan mertua seperti ibu mertuaku.

Jadi, kadang-kadang kita mudah untuk menilai suami kita tanpa kita usul periksa perkara sebenarnya. Ada masanya mereka lebih mengingati kita dari kita mengingati mereka.

Terima kasih kerana membaca.

Homecoming Suprise by Husband - Suami Buat Kejutan Setelah Berjauhan



Sumber : Kisah,vnews

#krt
#kisahrumahtangga

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah