SEORANG ahli perniagaan, dipercayai sedang mengalami tekanan hidup mengambil keputusan terjun dari tingkat 5 sebuah pusat beli belah di USJ19, hari ini.
Lelaki berusia 34 tahun itu ditemui sudahpun meninggal dunia di kawasan parkir kereta kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh pengawal keselamatan bertugas.
Menurut laporan Astro Awani, kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari.
Difahamkan pemeriksaan polis di lokasi kejadian telah menemukan beberapa botol alkohol dan pil disyaki dadah yang mempunyai kaitan dengan si mati.
“Hasil siasatan teliti yang kita buat bersama pihak forensik menunjukkan ini kes bunuh diri. Kejadian berlaku sekitar 8.10 pagi, terdapat CCTV (kamera litar tertutup) yang merakam insiden.
“Mangsa ditemui dalam kedudukan terlentang, hampir rata jatuhnya. Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan dari serangan senjata,” ujar Muhammad Azlin.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)