Bukan sahaja dilabel sebagai ‘perosak’ rumah tangga, malah dia juga dituduh seorang playgirl.
Meskipun banyak gosip yang menghimpit dirinya, menurut Ruhainies kepada BH Online, dia tetap akan bersikap profesional dalam urusan melibatkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.
Kontroversi video mesra dia dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sama sekali tidak akan menjejaskan ‘hubungannya’ dengan individu terbabit.
“Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang.
” Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham,” ujarnya.
Jelas anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini, dia tidak mahu membuka pekung di dada mana-mana pihak. Cukuplah bagi dirinya dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui perkara sebenar.
RUHAINIES BERSAMA IBUNYA
“Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami,” katanya.
Walaupun sering dilanda kontroversi, gadis berusia 24 tahun ini tidak cepat melatah.
Malah telah ‘mengupah’ ibu kandungnya sendiri sebagai pengawal peribadi untuk menemaninya dalam setiap urusan melibatkan kerjaya seninya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)