SHOPPE

Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal

Share:
Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal



Tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh seorang gadis apabila melihat kekasihnya memegang punggung wanita lain menerusi kamera yang tersembunyi yang dipasang oleh saluran YouTube `To Catch A Cheater’.




Gadis itu, Stephanie dari Amerika Syarikat telah menghubungi saluran berkenaan kerana ingin mengetahui sama ada teman lelakinya, Michael adalah seorang yang setia.

Mengejutkan apabila kamera berkenaan merakamkan bagaimana Michael mengaku masih solo, sedang mengurat seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa dan bersedia memberikan nombor telefon kepada wanita terbabit.




Lisa sebenarnya adalah model yang berlakon untuk saluran berkenaan.

Pada masa sama Stephanie yang menyaksikan keadaan berkenaan terkejut dan terngaga mulut kerana tidak menyangka teman lelakinya seorang yang gatal.

“Ia membuatkan saya nak muntah. Menjijikkan dan saya tidak mahu tengok mukanya,’’ katanya selepas menonton keseluruhan aksi tersebut.

Video rakaman itu telah disaksikan lebih 60,000 kali. Ada yang menyokong Stephanie meninggalkan lelaki itu terutama kaum wanita.

Manakala bagi kaum lelaki pula, mereka tidak menyalahkan Michael dan menyatakan mereka juga akan berdepan keadaan sama sekiranya digoda sedemikian rupa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah