SHOPPE

Mati, Hidup, Mati Semula Lepas Dipatuk Ular

Share:
Mati, Hidup, Mati Semula Lepas Dipatuk Ular



New Delhi – Seorang lelaki yang disangka sudah mati akibat dipatuk ular mengejutkan orang ramai apabila ‘terjaga’ ketika hampir dibakar pada majlis pengebumiannya sebelum sekali lagi meninggal dunia selepas dibawa menemui dukun.




Lelaki dikenali sebagai Sandeep, 23, dipatuk ketika keluar mencari kayu di hutan berhampiran kampungnya di Madhya Pradesh.


Dia dibawa kepada seorang pengamal perubatan tradisional Tantric untuk dirawat, namun pengsan menyebabkan keluarganya percaya dia sudah meninggal dunia.

Ahli keluarganya kemudian membuat persiapan membakar mayatnya, namun sebaik api dinyalakan Sandeep mengerang menyebabkan orang ramai menyedari dia sebenarnya masih hidup.

Keluarganya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya membawanya semula menemui pengamal Tantric sama.

Malangnya, nyawanya tidak dapat diselamatkan dan dia diisytiharkan mati untuk kali kedua.

Kematiannya itu disahkan di hospital daerah berhampiran yang turut mengarahkan bedah siasat dilakukan. – Agensi/myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah