SHOPPE

Video: Lelaki Maut Ditembak Belasan Das Di Setapak

Share:
Video: Lelaki Maut Ditembak Belasan Das Di Setapak


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ah long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang tadi.




Mangsa, 43 tahun, bapa kepada 3 orang anak menemui ajal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, badan dan kaki.


Berdasarkan video rakaman CCTV, empat suspek menunggang dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun dan menembak mangsa.

Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.




Apa yang menimbulkan tanda tanya, satu lagi rakaman yang diambil saksi di tempat kejadian menunjukkan jasad mangsa dipindahkan dari keretanya ke sebuah kereta lain berwarna putih.

Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh kejadian masih belum diperolehi.






Susulan kejadian menggemparkan itu, lokasi pembunuhan dibanjiri orang awam sementara pihak berkuasa termasuk polis dilihat tekun menjalankan penyiasatan.

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh pihak polis mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.






-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah