SHOPPE

Pelajar Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Mandi

Share:
Pelajar Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Mandi



SEREMBAN – Seorang pelajar wanita universiti di Korea maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika berada di dalam bilik mandi di rumahnya di Garden Homes, Seremban 2 malam tadi.




Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata Lee Xing Ni, 19, terkena renjatan dari pemanas air mandian kira-kira pukul 11 malam.

“Terdapat kesan lecuran di bahagian sebelah kiri dada si mati dipercayai akibat renjatan tersebut.




“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan renjatan elektrik,” katanya.

Xing Ni merupakan penuntut komunikasi massa dan sedang menghabiskan cuti semester. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah