SHOPPE

'Gaji RM4,000 Tapi Selalu Rasa Tak Cukup'

Share:
'Gaji RM4,000 Tapi Selalu Rasa Tak Cukup'



Kawan saya gaji RM4k sebulan, tapi langsung tak teringat nak menghulur pada mak dan ayahnya di kampung. Gaji banyak tetapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosaklah, terlanggar kereta oranglah, komputer meragamlah, phone jatuh berderailah, anak selalu sakitlah. Banyak mana pun gaji, duit habis begitu saja.




Seorang lagi kawan saya bergaji hanya RM1.5k sebulan dengan kerja biasa-biasa. Selepas tolak semua hutang kereta segala, adalah tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tetapi masih tetap menghantar duit kepada ibu bapa di kampung mengikut kemampuan yang ada.

Adakalanya RM100, adakalanya RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tidak pernah terlupa untuk berbuat demikian. Dengan duit lebih yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan adakalnya rasa berlebih tak tahu nak buat apa.




Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini. - Cik Kyna




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah