SHOPPE

Lelaki India Selamatkan Wanita Mangsa Rogol Selepas Tonton Kabali.

Share:
Lelaki India Selamatkan Wanita Mangsa Rogol Selepas Tonton Kabali.


Vasanth Paul, seorang model dan jurugambar

CHENNAI: Aura bintang terkenal India, Rajinikanth bukan hanya terserlah dalam lakonan tetapi mampu membakar semangat seorang lelaki berdepan tiga musuh semata-mata untuk menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol.




Vasanth Paul, seorang model dan jurugambar, bertindak nekad untuk membantu seorang wanita sebaik sahaja pulang daripada menonton filem itu Sabtu lalu.

Kisah bagaimana lelaki yang berasal daripada selatan Chennai ini menyelamatkan wanita berkenaan daripada dirogol dikongsinya menerusi laman sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai.

"Saya berhenti seketika untuk berehat selepas balik daripada menonton filem Kabali. Dalam perjalanan pulang, saya terdengar satu bunyi yang mencurigakan.

"Pada mulanya saya menyangka bunyi itu datang daripada kucing atau haiwan lain tetapi sebaik hendak beredar saya terdengar suara jeritan meminta bantuan," katanya.




Ketika itu dia melihat seorang wanita sedang dikepung oleh tiga lelaki yang berusaha untuk menanggalkan pakaiannya. Kemudian Paul menjerit ke arah mereka.

"Ketika berlaku pergelutan seorang daripada lelaki itu menjerut saya dengan tali jut, usaha untuk mengalih perhatian berjaya dan wanita itu sempat melarikan diri.

Dia berjaya meminta bantuan seorang pemandu yang kemudian membantu saya melawan tiga lelaki terbabit yang kemudiannya melarikan diri," katanya.

Pada penghujung tulisannya, Paul berkata, pengajaran yang perlu diambil adalah jangan takut berdepan situasi hanya kerana kita seorang. Jika kita benar seluruh dunia pasti menyokong. - Berita Harian




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah