SHOPPE

Rider Muslimah Menjadi Viral Di Laman Sosial

Share:
Rider Muslimah Menjadi Viral Di Laman Sosial


MESKIPUN berperwatakan Muslimah, ia masih tidak menghalang individu ini untuk menyertai arena permotoran yang biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki.




Siti Fatimah Husna Muslim antara segelintir kaum Hawa yang mempunyai semangat dan jiwa yang kental kerana berani menceburi sukan lumba motor.


Wanita Melayu ini menjadi perhatian warga media sosial selepas beberapa keping gambar dia menyertai perlumbaan motosikal cub prix, lengkap berpakaian pelumba, tersebar dan viral di laman sosial.

Menurut sebuah laman berita, gadis berusia 25 tahun ini merupakan seorang graduan kejuruteraan mekanikal, namun selesa memilih kerjaya sebagai seorang pelumba.




Difahamkan, pembabitan terawal gadis ini di dalam arena permotoran bermula sebagai wakil One Speed Motorsport dan kini merupakan antara salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha.

Tinjauan kami di laman sosial mendapati rata-rata netizen kagum dengan Siti Fatimah Husna dan memuji penampilannya masih mengekalkan ciri-ciri wanita Muslimah meskipun terlibat dalam aktiviti lasak.



Bagaimanapun, Siti Fatimah Husna melalui laman Facebooknya, menyeru kepada netizen untuk tidak mengecam dirinya dan hanya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk diri dan kerjaya yang dipilihnya.

Dia bakal bersaing dalam Petronas Malaysian Cub Prix di Teluk Intan, Perak pada 30 dan 31 Julai ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah