SHOPPE

Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau Terlantar Di London, Mohon Bantuan

Share:
Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau Terlantar Di London, Mohon Bantuan



KUALA LUMPUR – Keluarga seorang ketua kerani yang diserang angin ahmar apabila tiba di London dan dimasukkan ke hospital sedang mengejar masa bagi mengumpul dana untuk membayar bil hospital yang melambung sehingga £46,000 (RM250,000).




Mohamad Sahar Mhd. Noor, 57, ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Negeri Sembilan tiba di London untuk menghadiri upacara penyampaian ijazah untuk anak perempuannya pada 4 Julai tetapi diserang angin ahmar 20 minit selepas tiba.

Beliau dikejarkan ke Charing Cross Hospital di West London dan dimasukkan ke wad sehingga sekarang tanpa insurans perubatan dan terpaksa menanggung bil perubatan terkumpul yang mencecah £46,000 (RM250,000).

Menurut anak perempuannya, Amirah, pelajar siswazah penyelidikan yang menuntut di Brunel University, London, bil akan terus melambung sebanyak kira-kira £2,000 sehari jika bapanya terus berada di hospital itu.

“Kami mahu membawa bapa saya pulang ke Malaysia untuk rawatan kerana ia jauh lebih murah di Malaysia,” kata Amirah menerusi posting dalam laman Facebook beliau.

Semakan oleh Bernama mendapati rayuan keluarga itu untuk mendapatkan bantuan di Facebook dan laman web telah mencapai £35,796 (RM191,668.70) ketika berita ini ditulis hasil sumbangan 1,234 penderma yang menyumbang jumlah serendah £5.

Amirah berkata doktor memberi kebenaran untuk membawa pulang bapanya dengan syarat beliau menggunakan usung atau berada dalam keadaan meniarap sepanjang masa.




Mengenai keadaan bapanya, Amirah berkata doktor telah melakukan pembedahan kecil pada 5 Julai untuk membuang darah beku di bahagian otak sebelah kiri dan keadaan bapanya masih kritikal selepas menjalani pembedahan.

“Hampir dua minggu Ayah berada dalam koma selepas pembedahan tetapi beliau menunjukkan kemajuan baik. Rabu lepas, mereka melakukan tracheostomi untuk membantunya bernafas.

Alhamdulillah. Keadaannya sekarang stabil dan kadang-kadang dia boleh membuka matanya hanya untuk seketika. Tekanan darahnya terkawal tetapi ia meningkat apabila demam.

“Sekarang mereka terus memantau suhu badannya yang mungkin disebabkan jangkitan. Beliau dipindahkan dari ICU ke “hyper acute stroke unit,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah