SHOPPE

Yana Samsudin Selamat Lahirkan Anak Lelaki Sulung

Share:
Yana Samsudin Selamat Lahirkan Anak Lelaki Sulung



TAHNIAH diucapkan kepada pelakon terkenal Yana Samsudin, 32, yang telah selamat melahirkan anak sulung, pada Khamis lalu.




Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Fadzil Bahari Zahari, 33, menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam ucapan itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi selain ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan isteri tersayang.

“Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin, selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21.07.2016.

“Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. Saya cintakan awak sayang, moga sembuh cepat.




“Terima kasih juga pada mak dan ayah kami yang tidak henti-henti berdoa serta keluarga, sahabat-sahabat kerana sentiasa mendoakan. Alhamdulillah, kami juga mendoakan kesejahteraan anda semua,” ujarnya.

Sementaraa itu, rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan ini di ruangan komen Instagram.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah