SHOPPE

Lelaki Kena Renjatan Elektrik Demi Dilma Roussef

Share:
Lelaki Kena Renjatan Elektrik Demi Dilma Roussef



TRAGEDI menimpa seorang penyokong presiden Brazil yang digantung tugas, apabila dia terkena renjatan elektrik selepas memanjat tiang elektrik semata-mata mahu menyaksikan Dilma berucap.




Mangsa, yang tidak didedahkan identitinya hanya memakai seluar pendek dan memanjat tiang itu untuk melihat Dilma dengan lebih jelas ketika beliau mengadakan lawatan ke Bandar Aracaju di Sergipe.

Dia berada beberapa minit di atas kabel di tiang elektrik itu sambil mengibar bendera dan enggan turun walaupun diminta berbuat demikian oleh orang ramai.

Tidak lama kemudian mangsa terkena renjatan elektrik dan terjatuh di atas tanah.




Dia dibawa ke hospital namun meninggal dunia dalam perjalanan.

Lelaki itu dipercayai peminta sedekah dan berumur antara 20 hingga 25 tahun.

Dilma digantung dari tugas sementara menanti perbicaraan mahkamah berhubung rasuah dan penggubahan wang haram.

Beliau yang menafikan dakwaan tersebut juga memaklumkan tidak akan hadir pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Rio pada 5 Ogos ini. Presiden sementara Brazil ketika ini ialah Michel Temer.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah