SEORANG gadis yang baru bertunang, Jordan Constable, 22, tidak dapat menahan kesedihan ketika mencuba gaun pengantinnya disebabkan kata-kata kejam dan menghiris hati yang diperkatakan oleh ibu saudaranya.
Wanita itu, Anna Marie De-Castro tanpa belas ihsan telah memberikan komen kejam itu dalam program Say Yes To The Dress UK.
Anna yang bertunang lima kali namun tidak pernah berkahwin itu menggelar bahu anak saudaranya seumpama pemain ragbi dan menyindir Jordan kerana memiliki paha yang besar.
“Kakinya nampak besar, saya perlu beri pendapat yang jujur.
‘Eww, tidak ada benda baik yang boleh saya katakan. Ibu saya ajar saya kalau tiada benda baik untuk diperkatakan, lebih baik diam,” katanya kepada Jordan, dengan nada yang menyakitkan hati, umpama seorang ahli sihir.
Dia juga menjadi semakin biadap ketika Jordan mencuba beberapa gaun yang lain.
Gaun yang dicuba oleh Jordan itu bukannya murah sebaliknya berharga kira-kira RM8,000.
Mendengarkan komen-komen pedas berkenaan, Jordan begitu sedih dan menangis di dalam bilik persalinan.
Mujurlah ibu Jordan, Juanita Collman yang berada di situ telah mententeramkan anaknya itu dan cuba memujuk Jordan.
Sementara pereka gaun berkenaan, David Emanuel terpaksa menyelamatkan Jordan dan memberitahu bahawa gadis itu mempunyai bentuk badan yang menarik.
“Sayang, jangan menangis. Kita akan carikan gaun yang sesuai,” katanya memujuk dan memberitahu adalah penting bagi bakal pengantin mencari pengiring yang sesuai, bagi mengelakkan perkara itu berulang.
Jordan pula menyatakan kekesalannya kerana mengajak ibu saudaranya turut serta dalam mencuba gaun berkenaan.
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)