SHOPPE

Video: Lamborghini Tunda Kandang Kambing

Share:
Video: Lamborghini Tunda Kandang Kambing



VIRAL menerusi laman YouTube beberapa hari lalu apabila memaparkan sebuah kereta mewah Lamborghini dilihat menunda sebuah kandang kambing di sebatang jalan raya.




Seorang pemandu kereta yang secara kebetulan turut melalui jalan tersebut berjaya sempat merakamkan aksi selamba pemandu Lamborghini itu.


Jelas kelihatan beberapa ekor kambing sedang duduk dengan lenanya di dalam kandang yang ditunda oleh kereta mewah tersebut.

Video pendek yang berdurasi 2 minit itu telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Joseph Criniti.




Kereta mewah berwarna kelabu dari model Lamborghini Murcielago itu dikatakan bernilai £150,000 (RM803,327.40).

Sepasang suami isteri dilihat memandu kereta mewah berkenaan. Video yang dimuat naik ke laman YouTube itu telah ditonton lebih daripada 180 ribu pelayar Internet.

Individu yang memuat naik video tersebut bagaimanapun tidak menyatakan tempat dan masa kejadian itu dirakam.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah