SHOPPE

Tak Makan 4 Hari Untuk Sertai Miss Maxim 2016

Share:
Tak Makan 4 Hari Untuk Sertai Miss Maxim 2016


Sanggup tak makan selama empat hari-hari semata-mata mahu menang pertandingan ratu cantik Miss Maxim 2016. Namun pemenang pertandingan ini, Natalya Shuvalova, 21, kini menjadi kecaman ramai kerana menunjukkan contoh tidak baik terutama kepada remaja.




Natalya membuat pengakuan mengejutkan itu ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang. Dia mengaku tidak makan selama empat hari bagi mendapatkan bentuk badan yang `sempurna’.




Dia yang berasal dari Nizhny Novgorod ini juga menyatakan keinginan untuk makan Big Mac di McDonald selepas diumumkan sebagai pemenang.


Natalya merupakan seorang model dan penuntut di sebuah universiti di Rusia. Meskipun berazam menamatkan pengajiannya namun buat masa ini Natalya mahu menikmati kehidupan sebagai model.
Dia turut memberi nasihat kepada gadis-gadis supaya jangan makan selepas pukul 8 malam.

Pertandingan Miss Maxim itu telah diadakan sejak 11 tahun lalu dan terbuka kepada semua gadis dengan salah seorang juri adalah pengacara program TV yang terkenal, Boris Grachevsky.

Seramai 4,000 gadis mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Maxim 2016 dan pemenang dipilih sebagai muka depan sebuah majalah.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah