AKTOR kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang, Pekin Ibrahim dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang wanita asing yang menetap di London.
Menurut sebuah laman berita, wanita yang dikenali sebagai Iman itu merupakan seorang model antarabangsa dan juga pelukis. Difahamkan, wanita berkenaan telah pun memeluk Islam.
Malah desas-desus ini telah diakui oleh Pekin sendiri melalui kenyataannya kepada laman berita tersebut.
“Ya, saya sedang berkawan secara serius kira-kira enam bulan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai model dan pelukis di London.
“Saya selalu jumpa dia di sana jika kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia.
“Alhamdulillah dia juga sudah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Iman,” katanya.
PEKIN IBRAHIM
“Saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana dia terikat kontrak dengan beberapa jenama terkenal. Dia juga minta saya merahsiakan perkara ini hingga dia tamat kontrak tersebut.
“Insya’Allah, kalau dia dah sedia, saya tidak kisah untuk berkongsi kepada umum tentang hubungan kami,” jelasnya.
Jelas aktor yang berusia 35 tahun ini, dia seorang individu yang bersikap terbuka dan tidak gemar menyembunyikan sesuatu yang berlaku.
“Saya terbuka jika ada yang bertanya, masa saya bercinta dengan Uqasha dulu pun saya tidak pernah mengelak jika wartawan bertanya.
“Bagaimanapun, kami hanya merancang dan tuhan yang menentukannya,” ujarnya.
Semoga perhubungan yang terjalin kali ini membawa ke fasa yang lebih baik dan tidak mengalami ‘nasib malang’ seperti kisahnya dengan pelakon Uqasha Senrose.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)