Ya, sekali pandang memang nampak macam straw sebab mempunyai lubang di tengahnya. Apatah lagi bentuknya agak berbeza daripada sudu biasa.
Jadi dengan bentuk empat segi pada bahagian pemegangnya, apakah fungsi sebenar rekaan ini?
Seorang bekas pekerja di restoran makanan segera itu, menerusi laman sosial Tumblr berkongsi informasi dan rahsia mengapa sudu McFlurry direka sedemikian rupa.
“Reka bentuk sudu sengaja dibuat agar mudah dipasang pada mesin aiskrim. Kami isi aiskrim dalam bekas, tabur serpihan biskut Orea ke atasnya.
“Kemudian hanya menyambungkan sudu tersebut pada mesin aiskrim yang berfungsi untuk mengadunnya!” jelas bekas pekerja McDonald’s itu.
Menurutnya juga, bentuk empat segi pada pemegang sudi ini memudahkan anda memegang dan mencedok aiskrim.
Manakala, bahagian lubang seperti straw bertujuan menjimatkan penggunaan plastik dan bertindak lebih efisien dengan suhu sejuk aiskrim.
Nah, sekarang dah terungkai kan rahsia mengapa sudu McFlurry berbentuk seperti straw!
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)