SHOPPE

Wanita Muslim Dibelasah Disyaki Bawa Daging Lembu

Share:
Wanita Muslim Dibelasah Disyaki Bawa Daging Lembu


DUA wanita Muslim diserang dan dipukul penganut Hindu di sebuah stesen kereta api Mandsaur di Madya Pradesh, India.




Menurut laman berita tempatan, difahamkan terdapat khabar angin mengatakan kedua-dua wanita berkenaan konon membawa daging lembu.

Tambah laman itu lagi, mangsa dilaporkan membawa sebanyak 30 kilogram daging tersebut untuk dijual walhal perbuatan berkenaan adalah satu kesalahan di kebanyakan tempat di negara itu.






Menerusi satu rakaman video yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sekumpulan wanita menampar, menendang dan menumbuk dua wanita berusia 35 dan 30 tahun.




Jelas laman itu lagi, ujian makmal kemudian mendapati daging yang dibawa oleh kedua-dua mangsa itu adalah daging kerbau bukannya daging lembu.

Bagaimanapun, kedua-duanya didakwa kerana tidak mempunyai permit untuk menjual daging. Pihak polis terpaksa menahan mereka dan akan berdepan hukuman penjara selama setahun kerana membawa daging tanpa lesen.

Kejadian itu mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan beberapa pihak yang mengutuk serangan itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah