SHOPPE

Ibu Mentua Bos F1 Diculik, Penjenayah Minta RM148 Juta

Share:
Ibu Mentua Bos F1 Diculik, Penjenayah Minta RM148 Juta



IBU mentua kepada CEO Formula One, Bernie Ecclestone dilaporkan telah diculik di Brazil.




Mangsa, Aparecida Schunck dikatakan diculik di kawasan kejiranannya di Interlagos, Sao Paulo.

Menurut laporan media Brazil, penjenayah menuntut sejumlah wang tunai 120 juta reais (RM148.83 juta) sebagai wang tebusan.

Media melaporan itu adalah wang tebusan paling tinggi pernah dituntut di negara itu.




Schunck adalah ibu Fabiana Flosi iaitu isteri Ecclestone yang dikahwini sekitar tahun 2012 selepas bertemu di Grand Prix Brazil pada tahun 2009.

Ini bukanlah kejadian pertama keluarga Ecclestone menjadi sasaran penjenayah.

Terdahulu, anak perempuannya Tamara dilaporkan juga pernah diculik sekitar tahun 2012.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah