Seorang ibu boleh jaga sembilan orang anak, tapi sembilan anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Ayat tersebut bukanlah sekadar kata-kata pujangga, tapi benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti.
Cerita ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca OhBulan! di ruangan inbox kami.
Katanya, bila terjadi dalam keluaga sendiri barulah benar-benar terasa peritnya. Ibu tua yang menghidap angin ahmar (stroke) tidak dipedulikan oleh anak-anak yang sudah dewasa dan berkerjaya.
Mujur ada seorang anak perempuan, dibantu oleh suaminya yang menggalas tanggungjawab menjaga dan menguruskan ibu tua tersebut. Namun apa yang dibalas oleh adik-beradik lain adalah perasaan buruk sangka. Ayuh ambil iktibar daripada kisah ini agar kita semua lebih menghargai insan bergelar IBU!
Anak Ramai, Tapi Tak Peduli Pada Ibu Yang Sakit Stroke!
Walaupun seminggu, kau rasa penatnya menjaga seorang ibu yang sakit. Tapi kau tetap jaga sebab kau tahu that is your mom. Orang yang melahirkan kau. Sama jugak seorang anak yang menjaga ibunya yang sakit selama hampir 5 tahun. And she still took care of her because that is her mom. Orang yang sama melahirkan kau. Cuba ambil masa, fikir. Bertapa penatnya fizikal dan mental seorang anak untuk jaga ibunya yang sakit akibat stroke. She can’t walk without the help of others. She can’t move her right side of her body. Tapi kau rasa itu semua tanggungjawab seorang anak.
Menantu Lebih Bersusah-Payah Dari Anak Sendiri!
Sedangkan seorang ibu itu telah melahirkan 9 org anak. Mana yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini menangis kerana terpaksa bertegas dengan ibunya yang tidak mahu berjalan? Di mana anak yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini memikirkan makan pakai ibunya? Di mana anak yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini perlu membawa ibunya ke hospital? Mujur anak ini telah berkahwin. Menantu juga yang menjadi lebih-baik-dari-anak-sendiri. Menantu itu juga yang terpaksa ulang-alik dari tempat kerja utk membawa ibu kepada 9 org anak itu ke hospital. Menantu itu juga yang terpaksa mencari dan membeli pampers setiap satu minggu. Di mana anak yg lain? Bantuan dari apa anak dan menantu ini dapat? Sokongan? Ucapan terima kasih? Terima kasih kerana dalam banyak-banyak adik beradik hanya seorang yg sanggup menjaga ibu mereka sendiri? Ucapan supaya ibu mereka terus kuat? Sayangnya, apa yang anak dan menantu itu dapat hanya buruk sangka adik-beradik yang lain.
Bukan tidak ada yang peduli, ada. Dalam 9 org hanya beberapa sahaja yang ambil kisah. Yang lain? Mereka sangka kesenangan yang dimiliki oleh anak dan menantu itu hasil duit pencen ibu, duit asb ibu. Mereka sangka duit dan segala harta ibu sudah habis dijoli oleh anak yang menjaga ibu mereka sendiri. Sedangkan duit dan harta ibu tidak diusik langsung. Mungkin mereka tidak tahu. Bertapa besarnya pahala menjaga ibu sendiri. Allah kurniakan rezeki kepada anak dan menantu itu. Alhamdulillah. Mereka hidup senang dengan rezeki yang tidak putus-putus mereka dapat. Mungkin kerana ikhlasnya hati seorang anak menjaga ibu mereka yang sakit. Mungkin itu cara Allah untuk buat anak ini rasa lebih baik. Alangkah baiknya jika anak-anak yang lain berfikiran begini. Adik-beradik yang lain ada yang ke masjid, ada yang berkawan dengan imam. But why don’t they think of it that way?
Sabar Ada Hadnya!
Sabar seorang anak ada hadnya. Sabar daripada seorang menantu juga ada hadnya. Penat seorang anak. Penat seorang menantu. Penat keluarga tersebut. Siapa yang tahu? Hanya Allah dan keluarga tersebut yg tahu. Adik beradik lain sangka perkara ini mudah. Adik beradik lain sangka everything is ok. Bantuan kewangan dari adik-beradik? Setahun pun belum tentu dapat.
Mereka sangka jika memberi, akan habis dijoli. Sedangkan keperluan ibu mereka banyak yang perlukan duit. Pampers, susu untuk sakit kencing manis, makan pakai, baju raya tempoh hari. Mereka sangka duit pencen rm400 lebih is more that enough. Bukan mahu ungkit pasal duit, keluarga yang menjaga lebih dari cukup untuk menampung ibu tersebut. Cumanya nak tahu, mana tanggungjawab anak-anak yang lain? Orang kata minta JKM. Apa guna? Kenapa nak meminta duit bila mana ibu tersebut ada 9 org anak yang bekerja. Mana pergi nilainya menghargai manusia? Mana pergi nilainya kasihankan manusia? Mana pergi syukur seorang manusia? Itu bukan ibu seorang anak tunggal. Itu ibu mereka semua.
Ibu yang dimaksudkan adalah nenek saya. Sekarang dijaga oleh mak dan ayah saya. Ibu anak kepada nenek, ayah pula menantunya. Kami sebagai anak buah tak dapat nak bersuara kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Sebab memang dah tak jadi apa. Di saat mereka sedang menikmati CUTI dan berehat di rumah, ada yang terfikir untuk pergi menjenguk atau MENZIARAHI ibu sendiri? Sebulan sekali? 3 bulan sekali? 6 bulan sekali? Jauh sekali. Mungkin ada banyak perkara yang lebih penting diuruskan semasa cuti daripada menziarahi ibu sendiri. Kami adik beradik perhatikan je semua gelagat.Anak lelaki nenek 3 orang. Seorang je yang selalu jenguk nenek dan support moral kat mak saya.
Mudah-mudahan cerita ini dijadikan renungan buat kita semua. Hargailah ibu kita sementara dia masih ada. Sesungguhnya berkat doa seorang ibulah yang membawa kita ke syurga!
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : beritapremium
No comments
Thanks For Comment !!! :)