SHOPPE

Remaja Perempuan Berontak Dikurung Bakar Rumah

Share:
Remaja Perempuan Berontak Dikurung Bakar Rumah



KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju, di sini semalam, kerana dikatakan tidak puas hati pergerakannya disekat.




Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, bapa remaja itu menerima panggilan berkaitan kejadian itu daripada bomba kira-kira 12 tengah hari di tempat kerjanya.

“Susulan itu, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan pada tingkap sebelah pintu masuk, langsir dan televisyen,” kata beliau.




Mohamad Roy Suhaimi berkata, hasil soal siasat mendapati remaja berusia 16 tahun itu mengaku sengaja membakar langsir dan televisyen menggunakan kain yang dicucuh dengan dapur gas.

Turut terbakar ialah sebuah komputer riba. Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM4,000, katanya. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah