SHOPPE

Mak Tak Halalkan Susu, Tak Mengaku Anak Selepas Menegurnya Supaya Bertudung

Share:
Mak Tak Halalkan Susu, Tak Mengaku Anak Selepas Menegurnya Supaya Bertudung



Aku ada baca beberapa confession dalam ni yang cerita pasal mak dia.Mak sisihkan la,mak layan dia lain la.Mak maki dia la.Macam tak percaya yang dalam dunia sekarang,masih wujud lagi mak yang macam tu kan? Nak kata mak tiri, mak kandung sendiri.




Nak dijadikan cerita,aku pon terima nasib yang sama jugak.Mak aku ni kuat maki.Sikit- sikit cakap aku anak derhaka,masuk neraka,anak tak kenang budi,taknak halalkan susu yang dia dah bagi, sampai mati takkan maafkan aku.Aku tahu aku ada salah.Nak tahu apa salah aku? Salah aku adalah sebab aku tegur mak aku supaya pakai tudung sebab ada orang datang. Itulah salah aku.

Yang tak boleh tu ayah aku boleh diam je.Kekadang tu aku tak paham dengan perangai ayah aku,apa yang mak aku buat dekat anak-anak dia,ayah aku diam.Aku ingat lagi masa kecik-kecik mak aku pernah marah abang sulung aku.Abang sulung aku ni dia lambat pickup.So boleh tak mak aku jerit kat abang aku “Awak ni lembab macam lembu!!”. Aku tak boleh orang marah-marah abang aku sebab abang aku tu slow sikit.Ermm.Lepastu paling aku ingat mak aku cakap macamni dekat ayah aku “Ayah awak tu bodoh.pentingkan computer”.Wehh Ayah aku diam je wehh!! Korang tau tak apa alasan ayah aku?Dia taknak gaduh.Okay fine.Alasan taknak gaduh tu aku boleh terima.Tapi sampai mak aku maki ayah aku,anak-anak dia,dia tetap boleh diam?? Sampai aku naik bilik dan nangis sebab tak tahan.

Hermmm. Aku pernah cuba nak bunuh diri dengan minum air peluntur and makan panadol banyak-banyak sebab sangat tak tahan dengan sikap mak aku .Dulu time aku kecik,mak aku pernah hentam mulut abang ngah aku dengan torchlight sampai berdarah mulut abang ngah aku.Yela masa tu salah abang ngah aku,baru tingkatan 2 dah pandai nak merokok. Lepastu abang ngah aku lari dari rumah 2 hari,sampai masuk surat khabar kot.Bayangkan dari kecik sampai dah besar ni aku dengar and tengok semua ni..Untuk pengetahuan korang, aku dan abang ngah aku turn out to be kasar, sebab kami dibesarkan dalam keadaan penuh dengan makian,sumpahan .Cara kiteorang cakap pon kasar. Tapi aku ni masih waras lagi lah.Aku masih hormat mak ayah aku walaupun aku kasar.

Dan untuk pengetahuan korang,aku dah kawen.Aku tak pernah lupa nak share dengan mak ayah aku kalau aku ade duit lebih.Tapi itupon mak aku still nak cakap aku macam-macam.Dia cakap aku ni anak tak kenang budi,dan macam-macam lagilah.Walaupun aku dah kahwin,mak aku still layan aku macam aku ni tak kahwin lagi.Aku paling terkilan,ada sekali tu aku balik rumah sebab rindukan mak ayah aku.Masa tu ada salah faham sikit.Pasal aku lupa nak basuh pinggan je.Mak aku punya marah sampai dia cakap pasal wasiat.Mak aku cakap “Awak ni memang anak tak guna! Rumah mak dekat sungai buloh,dekat gombak ,harta semua awak takkan dapat!Jangan harap awak nak dapat!Mak bagi dekat adik ngan alang je!”. Korang bayangkan aku dan suami dengar jelas apa yang mak aku cakap.Aku nangis dan suami aku pujuk “Takpe sayang,Biarlah kita takde harta.Asalkan kita ada Allah”. Aku nangis aku sedih.




Ya bila mak aku baik,dia baik.Bila dia marah atay dia tak setuju dengan pandangan aku,dia akan hentam aku kaw kaw.Sekarang ni dia rajin pergi kelas agama.Aku pon pergi jugak kelas agama.Ada sekali tu dia cakap sesiapa yang pergi haji terus masuk syurga.Kalau pergi umrah tak tentu lagi masuk syurga.Then aku ni taknak la mak aku menyimpang jauh.Aku tegurlah mak aku.Aku cakap mana ada islam ajar macam tu mak.Sekali aku jugak yang kena marah dengan mak aku.Mak aku cakap aku ni taktahu apa-apa,dia pergi kelas agama so dia tahu semua.OKay fine. Mana peranan ayah aku masa tu? Ayah aku still DIAM!!

Dan sekarang dah 2 minggu aku tak contact mak ayah aku sebab aku dah berjauh hati dengan dieorang. Mak aku cakap aku bukan anak dia lagi. Dia tak anggap dah aku anak dia. Salah aku masa tu? Sebab ikut cakap suami.Dieorang pon takde cari aku pon.Nak tahu khabar aku pon takde.Hmmmm…Sangat jauh hati dan aku dah lama rasa disishkan oleh dieorang.Mana taknya dengan anak-anak lain,dia layan lain.Kalau marahkan adik beradik lain, mak cepat sejuk.Kalau dengan aku? Makan minggu.Tu pon lepas aku merayu mintak maaf walaupun aku tahu itu bukan salah aku..




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah