SEORANG pengurus sebuah firma pelaburan maut ketika melancong di Portugal selepas ditolak dari sebuah bot oleh kawan-kawannya sendiri.
Mayat mangsa, Nishanthan Gnanathas, yang hilang sejak 16 Julai lalu akhirnya dijumpai di Sungai Tabus, Lisbon pada Jumaat lepas.
Menurut Dailymail, mangsa, 33, dari Sutton, United Kingdom maut selepas ditolak oleh rakan-rakannya seramai 12 orang kerana mahu bergurau.
Bagaimanapun, selepas kelibat Nishanthan tidak timbul-timbul di dasar sungai, dua orang rakannya bergegas terjun dan menyelam untuk menyelamatkan mangsa namun dia gagal ditemui.
Sementara itu, anggota pasukan pencari dan penyelamat telah mengerahkan segala aset termasuk bot polis dan helikopter digunakan untuk mencari mangsa.
Ketua Polis Maritim, Malaquais Dominguez menyifatkan kematian Nishanthan sebagai tragik.
“Saya pasti mereka yang terlibat dalam prank tersebut akan ingat saat mengerikan ini,” kata Malaquais.
Difahamkan, keluarga Nishanthan enggan mendakwa mereka kerana menyifatkan rakan-rakan anaknya itu tidak berniat jahat.
Dalam pada itu, mangsa dilaporan pandai berenang, namun berkemungkinan besar terkejut atau tidak sedar diri tatkala terjatuh ke dalam air hingga menyebabkan kematian.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)