SHOPPE

4 Penyakit Mengerikan Yang Datang Dari Akibat Jimak Isteri Yang Datang Haid

Share:
4 Penyakit Mengerikan Yang Datang Dari Akibat Jimak Isteri Yang Datang Haid



4 Penyakit Mengerikan Yang Datang Dari Akibat Jimak Isteri Yang Datang Haid|Bagi pasangan suami isteri, aktiviti seksual sememangnya menjadi salah satu nyawa dalam kehidupan berumah tangga.




Tetapi disebabkan adanya ‘bulan merah’ yang terjadi ada waktu-waktu tertentu, keduanya harus ‘berpuasa’. Melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid adalah perbuatan terlarang di sisi agama Islam.

Datang haid bukan bermakna wanita tidak berasa ghairah untuk melakukan hubungan seks. Ini adalah kerana ghairah seksual boleh muncul pada bila-bila masa sahaja.Melakukan hubungan seks ketika sedang haid membuatkan anda lebih berpontensi untuk terkena penyakit seksual.

Seks ketika haid membuatkan leher rahim anda menjadi lebih terbuka sehingga membuka ruang yang sempurna untuk bakteria masuk dan membiak.Wanita yang dalam keadaan haid atau ‘datang bulan’ lebih mudah menyalurkan penyakit seperti HIV dan hepatitis melalui darah haid kerana sepanjang tempoh tersebut vagina bersifat kurang asid. Bahkan seks ketika haid juga membahayakan kesihatan rahim, yang mana boleh membawa kepada kemandulan.

Menurut Laura Berman, ph.D, seorang pakar seks dan terapi dari Feinberg School of Medicine, Northwestern University, Chicago, melakukan hubungan seks ketika haid sangat berbahaya bagi kedua belah pihak, terutamanya kaum wanita. Antara kemungkinan bahaya seks ketika haid adalah:

1. Risiko Endometriosis
Darah ‘kotor’ yang seharusnya keluar dari rahim boleh jadi masuk ke dalam rongga perut yang disebut ‘endometriosis’. Masalah ini akan mengganggu kesuburan sebanyak 80 peratus dan boleh menyebabkan potensi untuk memiliki zuriat menjadi sukar serta membawa kepada kemandulan.

2. Infeksi Pada Lelaki
Melakukan seks ketika haid, darah yang berasal dari vagina dan rahim boleh masuk ke dalam penis. Di mana ia boleh menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria serta boleh menimbulkan infeksi saluran kencing, masalah pada kantung sperma dan prostat pada lelaki.

3. Penyakit Menular Seksual
Ketika dalam keadaan normal, serviksatau leher rahim mempunyai lendir serviks yang berfungsi untuk menyaring kuman yang masuk ketika melakukan hubungan seks. Sewaktu wanita mengalami haid, leher rahim terbuka untuk memudahkan keluarnya darah haid. Ini bermakna jika melakukan seks ketika haid ia berpotensi menularkan virus HIV dan hepatitis.

4. Kematian Mendadak
Situasi ini terjadi disebabkan ‘intercourse’ boleh membawa gelembung udara masuk ke pembuluh darah yang terbuka. Gelembung udara inilah yang menimbulkan penyumbatan pembuluh darah dan boleh menjadi penyebab kematian mendadak.

Kesimpulan
Apapun alasannya, seks ketika haid sangat berbahaya dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi, sebab itulah kita dilarang sama sekali melakukan hubungan seks selagi masih ‘period’.Tahanlah seketika, daripada anda terpaksa menanggung masalah penyakit di kemudian hari!




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah