SHOPPE

Lelaki Ini Kongsi 'Pengalaman Ngeri' Ketika Berada Di Vietnam Bikin Anda Serik Untuk Pergi Bercuti Lagi!

Share:
Lelaki Ini Kongsi 'Pengalaman Ngeri' Ketika Berada Di Vietnam Bikin Anda Serik Untuk Pergi Bercuti Lagi!



Siapa sangka percutian lima orang sahabat ini berakhir dengan detik-detik hitam apabila mereka hampir diculik dan dirompak ketika hari pertama sampai di negara Vietnam.




ARTIKEL MENARIK: Isu Remaja Kahwin Orang Tua Diperlekehkan, Akhirnya Suami 'Buka Mulut' Bidas Kritikan Netizen!

Berikut kisah yang diceritakan oleh salah seorang dari mereka, Saiful Bahari tentang pengalaman ngeri mereka ketika berada di luar negara.

Pada 22 Feb 2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Di sana ada 6 orang warga Vietnam untuk menyamun dan merompak kami.

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di 1 bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit, handphone dan jam kami.

Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kami student (antara helah yang kami cuba untuk dapatkan simpati mereka meskipun kami sebenarnya dah bekerja).

Kami dimasukkan ke dalam kenderaan iaitu teksi yang menyamar untuk dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Apabila diminta untuk diturunkan,  pemandu tersebut berkeras untuk tidak menurunkan kami. Malahan kami telah dimarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.

Masa dikejar tu kami berjaya sampai di hotel dan menyorok. Kami juga cari jalan untuk inform sesiapa yang dipercayai. Masa tu duit, handphone semua dah tak ada. Tapi nasib masih menyebelahi kami. Rezeki kawan saya sorang ni, handphone dia selamat jadi dari situ kami berhubung dengan keluarga di Malaysia.

Semasa di hotel keadaan kami tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Reception hotel bertanya sebab kami minta passport yang dipegang oleh pihak hotel tapi kami terlalu takut hingga tak boleh nak percayakan sesiapa lagi walaupun kami cuba bertenang.

Kami diburu hingga ke hotel sehingga jam 1 pagi pada 23 Feb 2016. Sewaktu menyorok dalam bilik kami dengar mereka naik ke loteng di atas bilik kami. Pada waktu itu lah kami senyap-senyap keluar dari bilik dan terus ke lobby. Padaasalnya nak minta hotel dapatkan teksi untuk kami tapi gerak-geri dan penampilan receptionist di hotel buat kami curiga.

Kami nekad tahan teksi di luar hotel dan dapat lepaskan diri hingga ke airport. Masa dalam teksi kami berkira, jika driver teksi angkat sebarang panggilan telefon kami akan buka pintu teksi dan terjun lari keluar selamatkan diri.

Pada masa tu, duit yang tinggal hanyalah 350 ribu Dong, milik salah seorang kawan kami. Nasib dia ada keluarkan duit dan simpan dalam beg baju di hotel. Itu je duit yang ada. Tambang teksi 200 ribu Dong.  Malah jika tambang teksi tak cukup, kami nekad nak pinjam dengan mana-mana orang Malaysia yang kami jumpa di airport saja.

Setiba di airport, kami minta kenalan kami di Malaysia belikan tiket flight balik pada hari itu juga dan kami dapat flight pada jam 9 pagi.

Bahaya betul keadaan mereka semasa di sana walaupun mereka lelaki dan ramai. Nasihat Saiful sentiasa berhati-hati di negara orang dan sentiasa berurusan dengan orang hotel atau travel agency.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sensasi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah