Namun perkara itu tidak mencemaskan seorang penumpang dari Britain, Ben Innes yang dengan selambanya mengambil gambar bersama si hijacker sambil tersenyum girang.
Semalam, pesawat Egypt Air dirampas lelaki dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa yang dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan keganasan.
Sebaliknya, pihak berkuasa mendakwa Seif bertindak di atas alasan peribadi dalam keadaan emosi yang kurang stabil.
Seif memaksa penerbangan itu yang sepatutnya mendarat di Kaherah, Mesir melencong ke Cyprus dengan tujuan untuk bertemu dan menyampaikan pesanan kepada bekas isterinya yang kini menetap di sana.
Gambar yang diambil Ben kemudian dikongsikan kepada rakannya, Chris Tundogan yang berkata, “Saya tidak pasti tujuan Ben berbuat demikian, tetapi saya bayangkan dia secara sukarela berbuat demikian”.
Bagaimanapun, drama rampasan itu berakhir apabila Seif berjaya ditahan selepas dia menyerah diri pada Selasa malam.
Alat letupan yang dipasang di bahagian pinggang Seif juga dikatakan sebagai palsu.
Tiada sebarang butiran terperinci mengenai penahanan itu didedahkan oleh media di sana.
Penerbangan yang dinaiki sebanyak seramai 81 orang itu dirampas oleh Seif yang kemudiannya melepaskan kesemua penumpang kecuali empat penumpang asing dan sembilan krew anak kapal.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)