Perbuatan tidak senonoh itu dirakamkan di kawasan berhampiran jambatan Millennium di Newcastle, petang semalam.
Menurut seorang pengurus acara, Arijus Duktas, 20, yang kebetulan berada di situ, wanita muda itu tidak mempedulikan orang yang lalu lalang.
Ketika itu dia bersama –sama dengan rakan-rakannya.
“Saya tidak sangka, baru pukul 6 petang tetapi dia dengan selamba boleh kencing di situ manakala kawan-kawannya pula hanya ketawa.
“Kesemua mereka enam orang dan salah seorang daripada rakannya merakamkan insiden berkenaan,’’ kata Arijus.
Pada masa itu juga kata Arijus ada sepasang kekasih yang melalui jalan tersebut namun mereka kemudiannya mengubah haluan semata-mata kerana tidak mahu bertembung dengan wanita berkenaan
Jelasnya, ketika itu terdapat kira-kira 10 orang yang sedang menonton wanita itu kencing.
“Dia tidak kelihatan seperti mabuk,’’ katanya.
Gambar yang dirakamkan oleh Arijus itu telah dikongsi beribu-ribu orang.
Ramai netizens kemudiannya mengecam tindakan wanita tersebut dengan melabelkan dia sebagai menjijikkan.
Tetapi bagi yang menyokongnya pula, mereka bertanya “jika lelaki boleh kencing di mana sahaja mereka mahu, kenapa wanita itu tidak boleh melakukannya’’.
Memang ramai rupanya manusia yang mengalami sakit mental ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)