SHOPPE

Bagus Diminum Cuaca Panas, Kelapa Muda Jadi Rebutan

Share:
Bagus Diminum Cuaca Panas, Kelapa Muda Jadi Rebutan



GAMBAR HIASAN

KUALA NERUS – Setelah diuar-uarkan bahawa air kelapa baik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas sekarang, maka permintaan untuk air kelapa nampaknya mendapat permintaan tinggi.




Rata-rata peniaga yang ditemui berkata jualan buah kelapa mereka kini meningkat sekali ganda.

Zaharah Yahya berkata sebelum ini beliau hanya menjual kira-kira 100 biji sehari, namun sejak sebulan lalu ia meningkat kepada 200 biji sehari.

“Jualan sangat laris, ia meningkat satu kali ganda daripada sebelum ini dan adakala tidak cukup untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

“Biasanya bekalan kelapa diperoleh dari kampung berdekatan, namun pernah juga bekalan kelapa terputus dan kami terpaksa pergi ke Kelantan untuk menampung permintaan pelanggan kami,” katanya kepada Bernama.

Zaharah yang berniaga air kelapa di Kampung Padang Air, kelapa biji lebih menjadi pilihan berbanding air kelapa yang telah siap dibungkus.

Jelasnya biarpun permintaan dan jualan semakin meningkat beliau masih mengekalkan harga RM4 sebiji seperti sebelum ini.

Seorang lagi peniaga Saiful Ridzuan Mat Sani berkata beliau juga mengalami peningkatan jualan sehingga mampu menjual 100 biji sehari berbanding hanya 40 biji sebelumnya.

“Selain air yang dapat menyejukkan badan, pelanggan juga gemar menikmati jeli isi kelapa,” tambahnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah