SHOPPE

Video Klip ‘Shake Shake You All’ Aura White Dikritik Netizen

Share:
Video Klip ‘Shake Shake You All’ Aura White Dikritik Netizen



TIDAK sampai 24 jam dimuat naik di sebuah laman sosial, video klip lagu ‘Shake-Shake You All’ bagi mempromosikan kosmetik Aura White menerima pelbagai kritikan negatif gara-gara dikatakan tidak segah seperti dibayangkan.




Muat naik yang dilakukan Page Facebook Roti Kaya menerusi pautan ‘Shake Shake You All, dengar lebih sekali memang melekat di kepala klip video bertaraf antarabangsa ini’ turut menyebabkan aktres Ayda Jebat dan Amyra Rosli yang beraksi di dalamya mendapat tempias.


“Ayda Jebat memang over dalam iklan ini Amyra Rosli nampak lebih rileks dari dia, tapi apa nak buat rezeki dia walau ngada ngada pun,” tulis Mawar Berduri.

“Nak tanye dulu ..dalam video ni ada ayda jebat tak? kalau ada aku malas tengok,” kata Yasser Yazid

“Ini antarabangsa celah mana? Aku tengok video klip Ungu tahun-tahun lepas pun lagi baik punya. Bukan nak kecam Malaysia punya video klip tetapi agak-agaklah nak tulis caption ke apa,” kata Nurafida Serbangi.

“Aku ‘shake’ juga budak-budak ini. Nak promote produk ke nak buat video lucah?” komen Muhammad Saiful Rizwan.

“Senang betul buat lagu sekarang. Ulang patah perkataan itu patblas kali dan terhasillah sebuah lagu,” kata Jeha Azizah.

Walau bagaimanapun ada juga netizen yang menegur perbuatan netizen yang gemar mengkritik segala sesuatu hingga boleh menjatuhkan orang lain.

“Aku perhati rakyat Malaysia sekarang ini kuat meroyan. Shake Shake salah, Clever Girl salah, Che Ta salah, semuanya serba salah. Semua nak kecam.

“Mereka semakin ke depan, duit pun makan banyak. Korang tu takuk tu je, mengeluh duit sikitlah, sempitlah. Fikirlah positif sikit dan berusaha ubah diri dan kehidupan semua,” tegur Konsultan Kereta.

Apa pula pendapat anda tentang klip video ini?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah