SHOPPE

Share:
Ketagih Media Sosial Antara Punca Masalah Kemurungan


GAMBAR HIASAN

ADALAH hampir mustahil untuk seseorang individu masa kini untuk melarikan diri dari menggunakan sebarang media sosial yang telah disediakan.



Dahulu, pilihanya terhad kepada Facebook, Friendster dan Myspace, kini terdapar hampir puluhan aplikasi medial sosial yang akan menyebabkan ramai yang hanya terikat dengan telefon pintar.

Sebuah kajian terbaharu oleh Dr. Brian Primark, pengarah Pitt’s Centre for Research on Media, Technology and Health mendapati terdapat satu hubungan rapat antara masaah kemurunngan dengan kekerapan penggunaan media sosial.

Seramai 1,787 individu berumur diantara 19-32 tahun mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan.

Mereka yang menghabiskan lebih dari 61 minit sehari dan mengikuti 30 akaun media sosial adalah 2.7 kali ganda lebih berisiko untuk mengalami masalah kemurungan.

Dr. Primark berpendapat perkara ini berlaku kerana wujudnya satu fenomena yang dikenali sebagai ‘kemurungan Facebook’.

Apabila segelintir yang melayari media sosial nombor satu dunia ini melihat status dan gambar dari rakan serata dunia yang menunjukkan kemewahan dan kegembiraan mereka, pembaca akan menjadi murung kerana tidak dapat menikmati kehidupan seperti rakan mereka.

Media sosial jugaa menjadi faktor pengguna semakin tidak bergaul dengan orang disekeliling dan menyebabkan mereka tidah dapat meluahkan apa yang menjadi punca keurungan mereka.

Status media sosial kebanyakkan hanya mahu menunjukkan kegembiraan yang mungkin sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah