SHOPPE

Wanita Saman Universiti Sebab Tak Dapat Kerja

Share:
Wanita Saman Universiti Sebab Tak Dapat Kerja



GAGAL mendapatkan sebarang pekerjaan sebagai peguam sejak menamatkan pengajian lapan tahun lalu, seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat, Anna Alaburda telah memfailkan saman terhadap universitinya, Thomas Jefferson School of Law.




Dalam tuntutan samannya, Anna, 37, mengatakan universiti itu telah menipu dalam menyatakan bahawa peratusan pelajarnya yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian di sana.

Dia menuntut sebanyak US$170,000 (RM685,780) bagi membayar semua pinjaman pelajarannya.


Sejak menamatkan pengajian, Anna tidak mendapat sebarang peluang untuk bergelar peguam dan hanya bekerja separuh masa untuk menyemak dokumen firma guaman.

Walau bagaimanapun usahanya itu menemui kegagalan apabila sembilan daripada 12 orang juri menolak tuntuan samannya itu dalam prosiding mahkamah, baru-baru ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah