SHOPPE

Drama EgyptAir Kerana Cinta Perampas Jadi Bodoh

Share:
Drama EgyptAir Kerana Cinta Perampas Jadi Bodoh


LARNACA – Aksi dramatik seorang lelaki Mesir merampas pesawat EgyptAir sebelum menyerah diri di lapangan terbang ibu negara Cyprus di sini rupa-rupanya berpunca daripada kisah cinta yang boleh dianggap agak bodoh.




Walaupun punca sebenar kejadian tidak diketahui, namun Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades mengesahkan bahawa kejadian nekad itu tiada pun kaitan dengan aktiviti keganasan antarabangsa termasuk militan Daesh.

Malah seorang pegawai kerajaan negara di Laut Mediterranean itu yang enggan dikenal pasti dengan selamba memberitahu beberapa wartawan: “Nampaknya suspek perampas tersebut tengah dilamun cinta yang dahsyat.”

Perkara itu turut diulas Anastasiades ketika menjawab soalan pemberita mengenai insiden tersebut dan berkata: “Memanglah selalunya sebab perempuan. Lelaki ini bukan pun anggota mana-mana kumpulan pengganas!”

Sebelum itu, pegawai kementerian luar Mesir di Kaherah dilaporkan berkata dalam satu kenyataan: “Lelaki itu bukan pengganas, dia bodoh. Pengganas memang gila, tetapi tidak bodoh. Lelaki ini memang nyata bodoh.”


VISUAL stesen televisyen menunjukkan perampas EgyptAir menyerah diri kepada pihak polis Cyprus.
Dalam pada itu, seorang pegawai polis Cyprus yang enggan dinamakan berkata, suspek turun dari pesawat itu sebelum ditahan polis antikeganasan sekali gus mengakhiri drama rampasan kapal terbang yang cukup singkat.

Katanya, lelaki itu memakai tali pinggang, tetapi tiada bahan letupan. Suspek sebelum itu meminta ditemukan dengan seorang wanita tempatan yang dikenal pasti sebagai bekas isteri yang juga ibu kepada empat anaknya.

Pesawat malang itu dalam penerbangan domestik dari Iskandarian ke Kaherah sebelum suspek mengarahkannya dilencongkan ke Cyprus tetapi bertindak menyerahkan dirinya sendiri selepas membebaskan semua penumpang.

Tindakannya menyerah diri menamatkan drama selama beberapa jam di Lapangan Terbang Larnaca, selatan Cyprus. Sebelum itu dia membebaskan kebanyakan penumpang kecuali empat anak kapal dan tiga penumpang.


POLIS tempatan mengawal pesawat EgyptAir yang dirampas sebelum drama rampasan berakhir.
Hanya beberapa minit sebelum ditahan, stesen televisyen tempatan menyiarkan visual menunjukkan beberapa tebusan turun dari pesawat itu dan seorang dipercayai anak kapal memanjat keluar lari dari tingkap kokpit.

Setiausaha Tetap Kementerian Luar Cyprus, Alexandros Zenon mengesahkan suspek mengakhiri ketegangan itu sebelum ia disahkan Perdana Menteri Mesir, Sharif Ismail serta Menteri Penerbangan Awamnya, Sharif Fathi.

“Semua penumpang dan anak kapal disahkan selamat,” kata Sharif dalam siaran televisyen kebangsaan. Pesawat MS181 itu membawa sekurang-kurangnya 55 penumpang termasuk 26 warga asing dan tujuh anak kapal.

Ia dalam penerbangan tempatan yang lazim mengambil masa 30 minit. Agensi berita Mesir, MENA melaporkan pihak polis mengenal pasti suspek sebagai Seifedeen Mustafa yang turut disahkan pegawai kanan di Cyprus.

Kenyataan awal dikeluarkan oleh Kementerian Penerbangan Mesir turut menyatakan lelaki tersebut mendakwa mempunyai tali pinggang berisi bom yang kemudian didapati adalah palsu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah