SHOPPE

Digi Bagi Staf Wanita Cuti Bersalin 6 Bulan Dengan Gaji

Share:
Digi Bagi Staf Wanita Cuti Bersalin 6 Bulan Dengan Gaji



KUALA LUMPUR – “Objektifnya adalah bagi menggalakkan kakitangan wanita dalam bidang digital, bukan sahaja warga kerja Digi malah para pelanggan syarikat telekomunikasi tersebut dan keseluruhannya.”




Itu kata Ketua Pegawai Seliaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Siti Fauziah Abu berhubung pengenalan program cuti bersalin dengan bergaji penuh selama enam bulan kepada semua petugas wanitanya mulai tahun ini.

Ia bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada 8 Mac lalu. Sekali gus, Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia melakukannya bagi tujuan menggalakkan penglibatan wanita dalam sektor digital.


Menurut Siti Fauziah, dasar cuti bersalin itu juga membuatkan Digi bukan sahaja sebagai syarikat yang menarik untuk bekerja, tetapi juga tempat wanita boleh membina kerjaya dan seterusnya mengisi barisan kepimpinan.

Selain itu, Digi katanya, turut melancarkan beberapa inisiatif khusus bertujuan untuk memperkasakan kaum Hawa melalui kuasa internet antaranya Women Inspiration Network (WIN) dan Wanita Era Digital (WED).

Beliau berkata demikian selepas forum anjuran Digi bertajuk ‘Memajukan Wanita Di Bidang Digital Dan Tempat Kerja’, bagi mengupas cabaran dan peluang yang dihadapi oleh wanita dalam tenaga kerja pada Jumaat.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah