SHOPPE

Gadis Hanya Makan Ayam KFC Untuk Hidup

Share:
Gadis Hanya Makan Ayam KFC Untuk Hidup



Tidak dinafikan ramai yang sukakan ayam KFC tetapi tentu sukar untuk membayangkan bagaimana kita terpaksa makan ayam berkenaan setiap hari. Tetapi itu yang dilalui oleh Georgie Scotney dari Portsmouth.




Georgie, 21, mengalami sindrom Selective Eating Disorder (SED) sejak kecil. SED adalah keadaan di mana penghidapnya tidak boleh makan sesetengah makanan disebabkan ketakutan tertentu.

Sebaliknya makanan yang `selamat’ untuk mereka adalah terhad kepada makanan tertentu sahaja.

Keadaan ini menyebabkan Georgie hanya makan ayam KFC semata-mata.

“Saya tidak pernah bosan dengan makanan itu dan saya suka mencampurkan ayam dengan garam, di mana saya melihat keadaan ini bukan idea yang bagus.
“Saya menjadi takut dengan makanan terutamanya sos,’’ katanya.

Namun mujurlah selepas menjalani hipnoterapi, Georgie kini tidak takut lagi dengan makanan lain.

Selepas menjalani beberapa sesi, ia telah mengubah hidupnya serta-merta dan Georgie kini mencuba makanan baru yang tidak pernah dimimpikan sebelum ini termasuk buah-buahan.

“Selama 15 tahun saya mahu mencuba sarapan lain dan kini saya berjaya melakukannya. Tidak pernah saya bermimpi akan makan buah-buahan atau sayur-sayuran dan kini saya mampu mencuba makanan panggang untuk makan malam.

“Saya kini berharap dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat selepas sekian lama bergelut dengan berat badan berlebihan akibat makan ayam tersebut,’’ katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah