SHOPPE

Wanita Belasah Lelaki Cuba Rogolnya Dapat Pingat Keberanian

Share:
Wanita Belasah Lelaki Cuba Rogolnya Dapat Pingat Keberanian


Wajah Holmes yang dibelasah oleh mangsanya dalam cubaan rogol.

SEORANG wanita berusia 21 tahun yang tidak didedahkan identitinya dianugerah pingat keberanian selepas membelasah lelaki yang cuba merogolnya.



Cubaan rogol yang dilakukan Jonathon Holmes dari Yorkshire, Britain terbantut apabila sebaik dia menolak mangsa ke dalam semak, mukanya habis dikerjakan oleh mangsa yang menggunakan kunci rumah sebagai senjata.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Holmes mengekori mangsa dan bersembunyi di belakang dinding, sebelum mangsa yang mula menyedari diri diekori cuba menelefon teman lelakinya.

Dia turut bersiap sedia mengeluarkan kunci rumah dan terus menggunakannya sebagai senjata untuk mempertahankan diri selepas itu.

Holmes dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun di atas percubaan jenayah yang dilakukannya itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah