Menurut Lydiawati atau nama sebenar Salina Saimon, pengkid itu berusia dalam sekitar 40-an itu mendakwa dirinya adalah kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku ‘S’.
“Saya sudah tidak tahan diganggu dengan beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari.
“Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya.
“Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai mengenai peminat wanita yang bersifat lelaki itu, Lydiawati memberitahu dia mula mengenali dengan pengkid tersebut sejak dua tahun lalu selepas mendakwa meminati lakonanya.
Lydiawati juga mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pelakon filem Suara Kekasih ini mula merasakan sesuatu yang aneh apabila pengkid berkenaan menghantar ratusan SMS mengarut dan mengajak tidur di kediamannya.
“Saya ada jumpa dengan wanita itu bagi mendapatkan penjelasan. Namun dia masih lagi berbohong dan turut mengugut akan menjatuhkan karier saya.
“Dia turut mengganggu ibu saya di rumah selain menabur pelbagai cerita palsu,” katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)