SHOPPE

Satu Pertiga Rakyat Singapura Susah Tidur

Share:
Satu Pertiga Rakyat Singapura Susah Tidur


SINGAPURA – Satu dalam tiga rakyat Singapura didapati mengalami masalah sukar tidur agak teruk yang diberi nama ‘obstructive sleep apnea (OSA) dari tahap sederhana sehingga ke peringkat paling serius.




Sementara itu hasil daripada kajian sama itu mendapati, satu dalam 10 penghidap mengalami OSA berada pada tahap yang amat serius, menurut satu penyelidikan saintifik yang didedahkan baru-baru ini.

Kajian yang dibiayai menerusi Geran Peningkatan Mutu dan Kajian oleh Jurong Health Services itu juga mendapati bahawa masalah gangguan tidur ini biasanya tidak mendapat diagnosis awal yang sewajarnya.

Malah lebih teruk lagi kajian itu mendapati sehingga 90 peratus kes dari peringkat sederhana sehingga serius tidak mendapat diagnosis yang sewajarnya, menurut laporan agensi berita MediaCorp Singapura.

Berdasarkan tinjauan pendapat mereka yang mengalami OSA, penghidap lazimnya mengalami penyakit kemurungan dan masalah daya ingatan apabila mereka terjaga sahaja daripada tidur.


Laporan kajian tersebut diterbitkan sempena sambutan Hari Tidur Sedunia yang diraikan pada 18 Mac lalu anjuran Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan mula diperkenalkan sejak 2008.

WASM bahkan mendedahkan seorang rakyat Singapura secara purata hanya tidur 6 jam 32 minit setiap hari, iaitu tempoh masa ketiga paling kurang di dunia selepas warga Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan.

Kajian yang dianggap sebagai cukup memeranjatkan itu juga mendapati bahawa kadar OSA di Singapura dalam kalangan kaum Cina dan Melayu tempatan adalah jauh lebih tinggi berbanding etnik India.

Kadar penghidap OSA dari peringkat sederhana kepada serius adalah masing-masing 32.1 peratus bagi orang Cina dan 33.8 peratus bagi orang Melayu, manakala kalangan orang India pula adalah hanya 16.5 peratus.

Ketua Penyiasat kajian itu, Dr Adeline Tan, seorang konsultan bagi perubatan pernafasan di Hospital Besar Ng Teng Fong, menyatakan masalah kegemukan adalah salah satu faktor risiko penyumbang bagi OSA.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah