Suspek dikatakan berjaya ditangkap selepas mendapat aduan daripada guru apabila tandas didapati dikunci dari dalam, semalam.
Kisah penuh tidak disertakan bersama gambar begitu juga sebarang laporan polis, namun terdapat pengguna Facebook mendakwa pekerja kantin sekolah terbabit ada melihat kelibat suspek sebelum dia ditahan.
Memandangkan suspek tidak dikenali maka pekerja itu bertanya apa yang dibuatnya di sekolah lalu dijawab “nak cabul”.
Suspek dikatakan menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna cokelat dan tinggal di kawasan perumahan berhampiran.
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian ini.
Apa-apa pun, mungkin ini adalah peringatan kepada pihak terlibat supaya tidak memandang enteng aspek keselamatan murid ketika di sekolah. Jangan sampai nasi dah jadi bubur.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub










No comments
Thanks For Comment !!! :)