Beberapa faktor yang menyebabkan alat kemaluan wanita kerap terasa sakit. Semak faktor-faktor tersebut dalam tips kesihatan kali ini.
Menurut Profesor Obstetrics and Gynecology Clinical di Yale School of Medicine, Jane Minkin Mary, menjelaskan sakit pada Cik V boleh dipengaruhi kerana mungkin si wanita mengalami gejala penyakit-penyakit tertentu.
Berikut beberapa faktor penyebab alat kemaluan wanita terasa sakit.
Perhubungan suami/isteri
Perhubungan ranjang boleh membuat Cik V wanita terasa sakit. Menurut Minkin, ini boleh terjadi kerana alat kemaluan lelaki yang bersaiz sangat besar sehingga sukar masuk ke Cik V wanita.
Minkin menyarankan agar wanita memahami kedudukan sukarnya ketika perhubungan intim dengan lelaki. Jika rasa tidak selesa, segera ubahlah kedudukan.
Cik V kering
Jangan fikir, kekeringan Cik V hanya terjadi kepada wanita yang telah memasuki masa berhenti haid atau menopause. Minkin berpendapat, ramai wanita muda yang tidak sedar dengan bahaya pil perancang keluarga (KB) yang mempunyai kandungan estrogen rendah.
Pil KB dengan kandungan estrogen rendah ini boleh membuat Cik V wanita mengering lebih cepat.
“Pil KB yang rendah estrogen boleh mengurangkan kelembapan Cik V wanita,” jelas Minkin.
Minkin menyarankan kepada wanita yang menjalani program KB untuk memilih pil KB berestrogen tinggi untuk menjangka risiko kekeringan CIk V.
Herpes
Penyakit herpes boleh saja melanda kesihatan CIk V wanita. Semasa penyakit ini berkembang, alat kelamin akan terasa sakit. Minkin biasa melakukan pemeriksaan untuk mengesan penyakit tersebut, seperti ada atau tidaknya lebam di kawasan Cik V.
Jika ada, Minken akan sedikit memberi tekanan pada ketulan tersebut. Apabila terasa sangat sakit, berkemungkinan itu adalah herpes. Perhatikan pula jika Cik V melecet.
Jangkitan cendawan
Jangkitan cendawan akan membuat CIk V terasa gatal dan terasa kering. Alat kelamin yang dijangkiti cendawan juga akan kerap terasa sakit. Apa yang harus dilakukan seorang wanita apabila mendapati alat kelaminnya dijangkiti adalah segera memeriksakan diri ke doktor dan merawat dengan ubat anti kulat.
Endometriosis
Endometriosis atau penyakit radang punggul boleh berlaku kerana adanya jangkitan pada organ pembiakan wanita. Ciri-ciri wanita yang alat kelamin diserang penyakit tersebut boleh mengalami pendarahan atau ketika bahagian ovariumnya sedikit diberi tekanan, wanita akan rasa sangat sakit.
Vulvodynia
Vulvodynia adalah penyakit yang berlaku di kawasan sekitar mulut Cik V. Menurut Minkin, hanya kira-kira 9% wanita di seluruh dunia yang mengalami penyakit ini.
Penyakit vulvodynia sukar dikenalpasti hingga kini kerana tidak menunjukkan gejala yang ketara. “Penyakit ini misteri, kerana boleh datang dan pergi begitu saja sakitnya,” kata Minkin.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : aam
No comments
Thanks For Comment !!! :)