SEOUL – Seorang wanita Korea Selatan melemparkan wang tunai berjumlah 22 juta won (kira-kira RM76,720) di sebuah jalan di Dataran Seoul pada Isnin lalu.
Namun tindakan nekadnya itu, tidak sedikit pun menarik minat orang ramai yang lalu lalang di situ untuk cuba mengambil wang tersebut.
Menurut kenyataan polis tempatan, wanita berusia 56 tahun itu melemparkan wangnya sedikt demi sedikit di dataran itu sekitar jam 5 petang.
“Orang ramai di situ hanya menjadi pemerhati, mereka tidak pula cuba mengambil wang tersebut,” kata jurucakap polis tersebut.
Sementara itu, hasil penyelidikan polis, wanita yang tidak diketahui namanya itu, terdahulu telah mengeluarkan wang sebanyak 42 juta won daripada sebuah bank di Seoul.
Polis juga menyatakan bahawa tindakan wanita itu melemparkan wangnya pada hari tersebut, kerana ingin bersedekah kepada orang ramai.
“Saya bimbang dengan wang ini akan menyebabkan bekas suami saya dan anak lelaki saya akan merebut wang itu nanti,” kata wanita itu kepada polis tempatan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)