Namun, ada cerita di sebalik pembabitan Janna dalam drama ini apabila dia mengaku pernah dikecam oleh peminat drama Hati Perempuan.
Menurut Janna, pada awalnya pembabitan dalam drama ini, beliau mendapat tentangan hebat daripada peminat drama Hati Perempuan, lakonan Saharul bersama seorang lagi bakat baharu, Mia Ahmad.
"Gara-gara digandingkan dengan Saharul saya dikecam hebat oleh peminat tegar drama Hati Perempuan di laman sosial, termasuk Instagram. Saya dicerca dengan pelbagai komen negatif."
"Saya memilih untuk tidak ambil pusing dengan hal itu kerana ia lebih bersifat peribadi. Hentaman itu memanglah tidak adil untuk saya. Begitupun, saya jenis yang enggan memeningkan kepala sendiri. Jadi, biarlah mereka hendak berkata apa saja. Jika sesuatu komen itu berkaitan dengan kerjaya dan prestasi lakonan, memang saya akan ambil perhatian."
"Alhamdulillah di sebalik semua itu, kejayaan drama Kau Aku Kita memberikan makna tersendiri buat kerjaya seni saya," kata Janna
Janna yang sudah bertapak selamat lima tahun dalam industri seni ini bakal ke Paris dan Perancis untuk jalani pengambaraan Suami Tanpa Cinta terbitan Pena Creative.
"Minggu depan saya akan ke Paris, Perancis, untuk merakamkan beberapa babak drama ini di sana. Saya juga akan menjalani penggambaran program Ketuk Ketuk Syawal bersama Sheila Rusly awal Mei nanti."
Apapun, semoga Janna tabah hadapi dugaan sebagai seorang artis tanah air.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : sensasi
No comments
Thanks For Comment !!! :)